Asalnya Sarapan di Belgium, Kini Digemari Sebagai Dessert

You are currently viewing Asalnya Sarapan di Belgium, Kini Digemari Sebagai Dessert

Wafel merupakan dessert yang digemari orang dewasa mahupun kanak-kanak dan kat Malaysia ni pelbagai jenis dan rupa wafel boleh didapati. Sementara itu di banyak negara-negara Eropah, waffle merupakan hidangan yang dihidang waktu sarapan tau! Dah lama tau wafel ni wujud dan dah dianggap sebagai salah satu pencuci mulut tertua dalam sejarah.

Wafel merupakan makanan yang wujud ribuan tahun dulu. Sumber: Google

Dikatakan mula dicatat sebagai makanan yang wujud sejak zaman Greek Purba lagi. Ada juga yang kata wafel mula dicipta pada abad pertengahan dan bahan-bahan asasnya ialah barli dan gandum sahaja. Berbeza dengan wafel zaman sekarang yang guna tepung putih dan yis atau ragi, kan? Di Eropah terutamanya Belgium, wafel merupakan makanan utama waktu sarapan tau, biasanya wafel akan dihidang dengan mapple syrup atau bacon.

Wafel dihidang dengan maple syrup sebagai sarapan. Sumber: Google

Walau bagaimanapun, wafel hanya mendapat populariti seluruh dunia bermula apabila ia tiba di Amerika. Pada tahun 1620, wafel dari Belanda datang ke Amerika bersama Thomas Jefferson dikatakan telah membawa besi pembakar wafel pertama. Ini permulaan wafel dikenali diseluruh dunia dan juga ia mula diubah suai menjadi makanan pemanis mulut yang digemari semua lapisan masyarakat.

Di Amerika, wafel dihidang dengan pelbagai sides atau topping. Sumber: Google

Fun fact, dekat Amerika mereka menyambut Hari Wafel Kebangsaan pada 24 ogos tau! Haa, sampai macam tu sekali betapa pentingnya wafel sebagai makanan mereka tau. Di Malaysia juga dah banyak wafel dijual dan buat sendiri kat rumah pun senang dengan waffle-maker tau.

Comments