30 Hari 30 Resepi by Hamdan Mubarak: Bihun Sup

  • Post author:
  • Post category:Makan / Resepi
  • Reading time:7 mins read
You are currently viewing 30 Hari 30 Resepi by Hamdan Mubarak: Bihun Sup

Bismillah! Kali ini Min bawakan resepi bihun sup untuk fasa ketiga bulan Ramadan. Sangat sesuai dijadikan menu berbuka puasa bagi korang yang gemar hidangan yang tidak terlalu berat. Sesetengah orang tidak suka makan nasi kan? Kalau dah buntu nak masak apa untuk diri sendiri atau keluarga, korang boleh cuba resepi bihun sup di bawah ni!

MENU: BIHUN SUP

bihun sup

Bahan-bahan:

  • 5 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • Isi & rangka ayam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil lada putih
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 1 kiub ayam
  • 1 jag air
  • Sawi
  • Lobak merah
  • Bihun
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Bawang goreng

Cara-cara:

5 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
isi & rangka ayam

1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan 5 ulas bawang putih dan 1/2 biji bawang besar. Kacau sekejap. Tidak perlu lama-lama, nanti hangus pula.
2. Masukkan isi & rangka ayam yang telang dipotong kecil. Kacau sehingga rata supaya ayam separa masak.

1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada putih
1 kiub ayam dan garam

3. Selepas itu, letakkan 1 sudu besar sos tiram, 1 sudu kecil lada putih, 1 sudu kecil garam dan 1 kiub ayam.

1 jug air
kacau sup

4. Terus masukkan 1 jag air dan boleh mula kacau sup seketika. Masak sehingga mendidih.

sawi dan lobak merah
bihun sup
bihun sup

5. Setelah sup mula mendidih, boleh masukkan sayur sawi dan lobak merah. Masukkan sekali bihun yang telah dilembutkan. Kacau rata.

daun bawang
daun sup
bawang goreng

6. Tuangkan bihun sup ke dalam mangkuk besar. Hiaskan dengan daun bawang, daun sup dan bawang goreng sebagai pelengkap selera.

makan bihun sup

7. Siap dan boleh terus dimakan. Tapi pastikan azan Maghrib dah berbunyi dulu tau!

Agak-agak korang boleh cuba buat resepi ni tak? Mesti boleh kan. Semudah ABC je ni. Min tak nak bagi alternatif kedai tau. Tapi Min nak korang makan ni dengan Teh Ais Cincau Ketagih. Fuh! Memang berselera habis! Selamat mencuba.

Video penuh: Bihun Sup

Artikel oleh Nor Azhariah Mohamad Nor

Leave a Reply