Wowffle – Wafel Paling Tembam dekat KL!

You are currently viewing Wowffle – Wafel Paling Tembam dekat KL!

Snek wafel cukup terkenal bagi setiap lingkungan umur dalam masyarakat Malaysia. Wafel adalah sejenis hidangan yang diperbuat daripada bater atau doh yang dipukul dan dimasak di antara dua acuan yang dipetakan untuk memberi kesan, bentuk dan permukaan yang tersendiri.Meskipun, snek wafel ini berasal daripada Belgium namun snek ini cukup sinonim dalam kehidupan sehari – hari dalam kalangan rakyat Malaysia kerana saiznya yang mudah dibawa ke mana sahaja serta mudah untuk didapati. Jadi, snek wafel ini sesuai dinikmati bila bila dan dimana sahaja.

Buat peminat wafel, harini Min nak share satu port padu untuk anda semua dapatkan wafel yang gebu, sedap dan murah! Tak lain tak bukan mestilah anda semua boleh dapatkan di Wowffle, The Best Waffle in Town. Wowffle merupakan jenama wafel yang pertama dibangunkan oleh anak tempatan #SapotLokal. Siapa sangka bermula dari berniaga di kiosk kecil, kini Wowffle memiliki lebih daripada 3 cawangan di seluruh Kuala Lumpur. Menurut pemilik Wowffle, mereka berhasrat untuk membuka lebih banyak cawangan di seluruh Malaysia dan membuka peluang kepada penduduk tempatan dengan menjadikan Wowffle sebagai satu jenama francais.

Sejujurnya, Min dah banyak kali makan wafel daripada Wowffle ni tau. Maklumlah, salah satu cawangan Wowffle ni dekat sangat dengan kawasan pejabat Min. Wafel yang gebu di dalam dan crispy di luar, dipadan pula dengan inti atau perisa yang berkualiti tinggi jadi memang premium rasa dia! Hari ini Min nak share dengan anda semua top favourite fillings waffle Min;

  1. Wafel Biscoff Nutella + Biscoff Crumbs
  1. Wafel Caramel Peanut + Oreo Crumbs
  1. Wafel Coklat + Almond Nibs

Buat peminat wafel yang basic, jangan risau masih ada pilihan untuk anda semua. Wowffle menawarkan lebih daripada 10 jenis perasa inti dengan harga bermula daripada RM 5 je! Jadi memang berbaloi baloi kalau beli wafel daripada Wowffle. Kepada sesiapa yang tiada akses untuk datang beli sendiri di kedai mereka, anda boleh pesan menerusi Grabfood, Shopeefood dan Food Panda. Jangan risau ye, semua orang boleh merasa wafel tembam daripada Wowffle!

Comments