Keunikan Makanan Sabah: Tiga Santapan Tradisi Bajau Berasaskan Ubi.

You are currently viewing Keunikan Makanan Sabah: Tiga Santapan Tradisi Bajau Berasaskan Ubi.

Suku kaum Bajau merupakan masyarakat yang menetap di negeri Sabah sejak ratusan tahun yang lalu. Kaum ini terdiri daripada dua kumpulan yang menetap di Pantai Barat dan Timur Sabah. Mereka telah mendapat pengiktirafan sebagai antara penduduk asli serta bumiputera terbesar di Sabah. Kebanyakan orang Bajau di Sabah menggunakan hasil-hasil tanaman seperti ubi untuk dijadikan makanan. Antaranya adalah:

1. Putu

  • Putu atau juga dikenali sebagai Piutu merupakan sejenis makanan bajau yang digunakan untuk menggantikan nasi. Bahan utama makanan ini ialah ubi kayu yang telah diperah airnya dan dimasak secara stim. Ianya sedikit kental dan melekit dan selalunya dibungkus Putu lebih sedap dimakan bersama makanan laut yang juga makanan tradisional Sabah seperti Sagol, Kima, Tehe’-Tehe’, Tayum dan banyak lagi. Semasa makan putu ini kita tidak digalakkan untuk minum air jenis berkarbonat kerana akan berlaku tindak balas selepas makan putu. Perut akan rasa kembung dan tidak menyenangkan.
Putu sabah
Putu: (Google)

2. Tompek

  • Tompek atau juga dikenali sebagi Tinompeh merupakan makanan bajau yang diperbuat daripada ubi kayu. Ubi kayu yang telah diparut dan diperah airnya atau dipanggil tepung ‘Panggih’ akan digoreng tanpa minyak di dalam kuali sehingga lah berwarna kekuning-kuningan. Ia juga selalu dijadikan sebagai makanan pengganti nasi dan boleh dimakan bersama lauk-pauk seperti ikan dan sayur-sayuran. Sesetengah masyarakat Bajau di daerah lain turut menggelar hidangan ini sebagai anggang. Ianya juga terkenal di kalangan kaum Suluk di Sabah.
Tompek
Tompek:(Page)

3. Bamban

  • Bamban merupakan makanan yang dimasak menggunakan tepung panggih. Selain nama panggilannya Bamban, ada juga yang menyebut makanan ini sebagai Bianbam. Untuk menyediakan bamban, tepung panggih perlu dimasukkan ke dalam daun samada daun pisang atau daun pokok kelapa. Ia kemudiannya di kukus sehingga masak. Hidangan ini boleh dimakan bersama lauk pauk lain seperti ikan, sayuran dan sebagainya. Makanan yang satu ini sangatlah senang untuk disediakan.
Bamban
Bamban: (Google)

Kesimpulannya, masyarakat Sabah mempunyai makanan yang sangat unik lebih-lebih lagi kaum Bajau yang menggunakan bahan asas iaitu ubi, dimana seperti kita ketahui ubi mempunyai banyak khasiat. Tambahan pula hidangan ini sangat mudah dan senang untuk disediakan.

Baca juga artikel:

Artikel oleh Syuriana Ibrahim