Burger dengan Home-Made Bun dan Patty yang Menyelerakan di White Burger, KL

You are currently viewing Burger dengan Home-Made Bun dan Patty yang Menyelerakan di White Burger, KL

Sebuah lokasi kedai burger di Kampung Baru ni ada menjual banyak menu burger dan pelbagai side-dish lain tau. Nama kedai atau warung ni adalah White Burger! White Burger ni beralamat di 52, Jalan Hamzah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tau! Kat sini korang boleh makan dengan ber-view-kan KLCC!

Cantik kan view ni?

Dah ada view yang best macamni, makan mesti la nak yang sedap-sedap kan? Banyak tau korang menu yang best kat sini. Harga pun sangatlah berbaloi dan berpatutan dengan apa yang korang dapat tu. Nak tengok menu tak?

Banyak betul pilihan!

Kat sini, memang boleh dikatakan port lepak yang best lah untuk korang lepak dengan geng korang. Tempat duduk banyak, ruang pun selesa, parking pun cukup! Dapat pulak lepak dan sembang dengan rakan sambil makan burger yang power.

Kat sini, kami order burger yang best-seller lah orang kata. Kami order Signature Buttermilk yang berharga RM18.90, BBC yang berharga RM18.90 juga side-dish yang sentiasa orang order kat sini iaitu Signature Chicken Wings (RM12) dan Mac & Cheese Balls (RM13).

Signature Buttermilk. Memang 10/10 lah kami bagi.
Ni pulak BBC, Ada bacon tau kat dalam. Memang best!
Rasa pedas-pedas manis Signature Chicken Wings ni memang akan buat korang rasa nak order lagi.
Padat tau isi dalam Mac & Cheese Balls ni.

Experience kami di sini memang menarik. Kalau korang nak tahu dan rasa sendiri kesedapan makanan kat sini, korang boleh try pergi sendiri ke kedai yang terletak di Kampung Baru ni. Jangan lupa ajak kawan-kawan dan keluarga sekali ye!

📍 White Burger

52, Jalan Hamzah,

Kampung Baru, 50300

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Maps: White Burger

Comments

Leave a Reply