Sejarah Kejayaan Burger Kebanggaan Negara: Ramly Burger

You are currently viewing Sejarah Kejayaan Burger Kebanggaan Negara: Ramly Burger

Apabila bercakap pasal burger di Malaysia, mesti burger yang disebut-sebut semua orang ialah Ramly Burger. Ramly Burger ni dah boleh dikenali sebagai ‘Malaysia’s national treasure’ sebab memang ianya kegemaran seluruh rakyat Malaysia sejak berpuluh tahun lepas lagi. Lalu je tepi jalan mesti nampak beberapa stall yang jual Ramly Burger, kan? Ramai yang sudah sedia maklum bahawa Ramly adalah jenama paling terkenal, bukan sahaja di Malaysia, malah turut dikenali di luar negara.

Burger kegemaran rakyat Malaysia. Sumber: mikeyip.com

Kalau Min sebut nama Ramly bin Mokni mesti ramai taktau siapa tuan badan ni. Tapi, kalau sebut Ramly Burger mesti semua tahu, kan? Semua orang yang lahir dan membesar di Malaysia kenal produk keluaran Ramly Burger, cuma kisah pengasasnya sahaja yang ramai tak tahu!

Kenali Pengasas Ramly Burger

Dato’ Haji Ramly bin Mokni adalah anak kelahiran Parit Buntar, Perak. Membesar dalam keluarga yang susah di kampung, Dato’ Haji Ramly dibawa oleh abangnya untuk berhijrah ke Selangor dan mula bekerja disana sebagai buruh. Beberapa tahun selepas itu, beliau bekerja sebagai pemotong daging di Kuala Lumpur dan beliau terjebak pula dalam bidang pemprosesan daging.

Dato’ Haji Ramly dan isteri. Sumber: Google

Pada awalnya, beliau menjual daging secara kecil-kecilan dirumah sahaja bersama isterinya iaitu Datin Shalah Siah di Kampung Baru. Namun, pada tahun 1978, ketika Malaysia digempar dengan isu daging burger proses yang dijual di pasaraya yang diragui status halal haramnya, Dato’ Haji Ramly membuat keputusan dan mengambil peluang itu untuk menjual daging burger proses yang dibuat sendiri.

Kejayaan pengasas Ramly Burger memberi inspirasi kepada orang ramai. Sumber: Google

Beliau dan isteri mula membuka kedai yang menjual daging burger mentah dan siap dimasak sekitar Kampung Baru, Jalan Chow Kit dan Jalan TAR. Walaupun bermula dengan sambutan yang tidak meriah sebab waktu tu tak ramai yang gemar makan burger lagi. Jualan mereka bermula dengan hanya 200 keping daging burger sehari sehingga 2,000 ke 3,000 keping dalam masa beberapa tahun. Sejak tahun 1980, mereka mula membuka sebuah syarikat dan setelah 4 tahun beroperasi jualan daging burger mentah mereka mencecah 10,000 ribu sehari.

Kejayaan Ramly Burger

Sikap tidak putus asa Dato’ Haji Ramly pasti sangat memberi inspirasi kepada sesiapa sahaja yang membacanya. Walaupun perniagaannya banyak dugaan dan halangan, beliau bersama isteri tetap sabar dan berani demi menjayakan perniagaanya. Antara cabaran Ramly Burger ialah mereka pernah ditolak permohonan pinjaman dari beberapa bank kerana tidak yakin akan produk mereka dan alasan pihak bank orang Malaysia tak gemar makan burger. Selepas selesai isu dengan bank, timbul pula isu pasal daging burger mereka tak halal dan ada DNA daging babi sehingga pihak Ramly Burger membuat laporan polis dan mengeluarkan statement untuk clearkan isu ni.

Produk-produk keluaran Ramly. Sumber: Google

Bermula dengan menjual daging secara kecil-kecilan, kini Ramly Burger merupakan antara syarikat usahawan Melayu tempatan yang paling berjaya di Malaysia dengan jualan tahunan mencecah RM 2 Billion dan terkenal di pasaran Thailand, Indonesia dan sebagainya. Dulu, semasa Ramly Burger baru naik memang sangat digemari ramai orang dan rata-rata akan prefer burger ni dari burger fast food popular. Berpuluh tahun kemudian pun, burger Ramly masih lagi disukai semua lapisan masyarakat di Malaysia. Pelancong yang datang ke Malaysia juga selalu teruja untk mencuba burger Ramly tau. Menang tak lengkap percutian ke Malaysia kalau tak rasa burger Ramly yang legend ni.

Fast food chain Ramly. Sumber: Google

Kini, Ramly dah ada juga fast food chain sendiri tau, dengan pelbagai jenis burger dan menu western lain yang ditawarkan! Tetapi, masih ramai juga lebih memilih yang dijual di stall tepi jalan, burger yang menggunakan daging Ramly dibalut dengan kertas berlabel Ramly memiliki keunikan rasanya tersendiri yang akan sentiasa dekat dihati dan perut rakyat Malaysia!

Rujukan:

  1. Ramly.com.my
  2. illuminasi.com