Sepiring, Menyajikan Menu Warisan Rakyat Malaysia

You are currently viewing Sepiring, Menyajikan Menu Warisan Rakyat Malaysia

Beberapa hari lepas min ada review satu restoran nama Semangkuk kan? Haaa ni min nak share yang lain pulak nama dia sepiring. Sepiring ni apa pulak? Adik semangkuk ni ke? Bukan, jom min review apa yang ada di Sepiring ni pula.

Sepiring Malaysia adalah restoran yang menyajikan makanan tradisional yang popular di Malaysia seperti nyonya nasi ulam dengan ayam percik, nasi pandan dengan ayam berempah, nyonya laksa, asam laksa penang, nasi kunyit dengan ayam kari dan banyak lagi. Selain makanan untuk single set, Sepiring juga menyediakan makanan untuk dua pax, terhad untuk signature platter mereka iaitu nasi pandan platter dan nyonya nasi ulam platter.

Nyonya Nasi Ulam Platter
Sepiring menyediakan hidangan warisan rakyat Malaysia. Sumber: sepiring.com.my

Cawangan mereka hanya berada di beberapa pusat membeli belah sahaja iaitu di Mid Valley Megamall, Paradigm Mall, Setia City Mall,Central i-City, IOI City Mall, The Mines Shopping Centre, Sunway Putra Mall dan DPULZE Shopping Centre.

Sepiring cawangan DPULZE Shopping Centre
Serpiring cawangan DPULZE Shopping Centre. Sumber: sepiring.com.my

Menu

Antara sajian menarik mereka adalah;

1. Nyonya Nasi Ulam with Ayam Percik (RM24.65)

Nasi ulam yang semestinya menggamit kenangan rakyat Malaysia. Dihidangkan sekali dengan telur masin dan keropok lekor dalam satu pinggan.

Nyonya Nasi Ulam with Ayam Percik
Nyonya nasi ulam with ayam percik. Sumber: sepiring.com.my

2. Nasi Pandan with Ayam Berempah (RM20.86)

Nasi pandan yang manis dihidangkan dengan ayam berempah lembut, jelatah, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, timun potong, telur rebus dan sambal cili.

Nasi Pandan with Ayam Berempah
Nasi pandan with ayam berempah. Sumber: sepiring.com.my

3. Asam Laksa Penang (RM18.00)

Yang suka makan asam laksa tu boleh try yang ni. Laksa yang dihidangkan dalam air rebusan ikan yang masam dan pedas beserta ikan tenggiri yang dicincang dengan bunga halia.

Asam Laksa Penang
Asam laksa penang. Sumber: sepiring.com.my

Untuk hidangan signature platter, mereka menghidangkan;

1. Nyonya Nasi Ulam Platter (RM56.34)

Sama seperti single plate, nyonya nasi ulam dihiasi dengan serunding ayam, ayam percik, diiringi dengan kerabu kacang botol, telur masin serta keropok lekor dan portion mereka untuk hidangan ini agak besar kerana hidangan ini khas untuk dua pax.

Nasi Ulam Platter
Nyonya nasi ulam plattter. Sumber: sepiring.com.my

2. Nasi Pandan Platter (RM56.34)

Nasi pandan yang enak dihidangkan bersama ayam kari dan ayam berempah, dilengkapkan dengan sayur lodeh bersantan, keropok lekor, jelatah dan telur masin dan sambal disampingnya. Hidangan ini juga mempunyai portion yang besar sesuai untuk dua pax.

Nasi Pandan Platter
Nasi pandan platter. Sumber: sepiring.com.my

“Campuran rasa yang harmoni inilah yang menjadikan kita semua ‘unik Malaysia’. Dan sama seperti rakyat Malaysia suka berkongsi makanan dari Sepiring, kami menikmati hidangan tempatan dalam suasana mesra yang menghidupkan semula kegembiraan yang patut dikongsi dengan rakan dan keluarga berulang kali” – Sepiring Malaysia.

Review

Kalau nak cerita tentang harga, memang takkan habis, tapi untuk hidangan kali ini memang berbaloi dengan portion mereka, rasa setiap hidangan mereka pun semuanya secukup rasa, rasa pedas, manis, masam, cukup lengkap. Lagi – lagi untuk hidangan signature mereka, memang penuh lah satu piring, boleh ajak kawan kawan makan sekali.

📍 Location

Sepiring Malaysia,

  1. Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur
  2. Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur
  3. Paradigm Mall, Petaling Jaya
  4. Setia City Mall, Shah Alam
  5. Central i-City, Shah Alam
  6. IOI City Mall, Putrajaya
  7. The Mines Shopping Centre, Seri Kembangan
  8. DPULZE Shopping Centre, Cyberjaya

Phone: 03 7496 7774

Website: https://sepiring.com.my/

Instagram: https://www.instagram.com/sepiring_malaysia/?hl=en

TikTok: https://www.tiktok.com/@sepiringmalaysia

Facebook: https://www.facebook.com/SepiringUniquelyMalaysian/

Comments