Puding DiRaja, Menu Istimewa Kerabat DiRaja Pahang

  • Post author:
  • Post category:Makan / Resepi
  • Reading time:2 mins read
You are currently viewing Puding DiRaja, Menu Istimewa Kerabat DiRaja Pahang

Puding DiRaja merupakan salah satu menu pencuci mulut yang dihidang untuk Kerabat DiRaja Pahang. Menu pencuci mulut ini juga berasal dari Istana Pahang.

Puding DiRaja mempunyai bahan-bahan utama seperti pisang lemak manis, buah prune, buah cherry, dan kacang gajus

puding diraja

Selain itu, bahan penting adalah jala mas dan juga sos kastard yang manis dan berlemak.

Cara-cara untuk membuat jala mas:

  1. Asingkan kuning telur. Kemudian, kacau kuning telur dengan sebati. Masukkan kuning telur ke dalam acuan.
  2. Masukkan air, gula dan daun pandan dalam periuk dan masak ketiga-tiga bahan tersebut sehingga mendidih. Apabila sudah mendidih, keluarkan daun pandan.
  3. Dengan api yang perlahan, menggunakan acuan, tuangkan kuning telur pada jarak yang tinggi untuk menghasilkan jala mas yang halus.
  4. Keluarkan jala mas yang sudah masak dan tapis baki air manis tersebut.

Cara-cara untuk membuat sos kastard:

  1. Gaulkan telur, esen vanilla dan susu cair di dalam satu mangkuk.
  2. Kemudian tambahkan air, gula dan juga daun pandan.
  3. Masukkan acuan tersebut ke dalam periuk dan dimasak diatas api yang sederhana hingga mendidih.
puding raja istana pahang

Cara-cara untuk membuat pisang goreng:

  1. Minyak dipanaskan di dalam periuk bersama butter.
  2. Masukkan pisang ke dalam periuk tersebut dan goreng hingga pisang berwarna gold.
  3. Kemudian angkat pisang yang telah digoreng dan tapiskan.

Cara-cara untuk menghidang Puding DiRaja:

  1. Susunkan pisang goreng di dalam satu bekas atau mangkuk.
  2. Letakkan jala mas sehingga menutup pisang. 
  3. Letakkan buah prune, buah cherry, dan kacang gajus di atas jala mas.
  4. Kemudian, tuangkan sos kastard sebagai langkah yang terakhir.
puding raja sos kastard

Jom kita cuba Puding DiRaja, menu pencuci mulut yang istimewa Istana Pahang!

Lihat video cara-cara untuk membuat Puding DiRaja di Youtube channel Dapur Berasap!

Comments