McDonalds Munculkan Balik Rio Burger!

  • Post author:
  • Post category:Makan / Moden
  • Reading time:1 mins read
You are currently viewing McDonalds Munculkan Balik Rio Burger!

Baru-baru ini, McDonalds kembalikan Rio Burger tetapi hanya sebagai menu limited edition. Rio Burger mula dikeluarkan di Malaysia pada tahun 2018 sempena FIFA World Cup. 

rio burger

Rio Burger mengandungi sos signature yang pedas diikuti dengan variasi sayur-sayuran yang segar. Terdapat 2 jenis Rio Burger iaitu Rio Burger Beef dan Rio Burger Chicken.

rio burger beef chicken

Rio Burger juga boleh dipilih sama ada double ataupun triple dimana Double Rio Burger terdapat dua patty manakala Triple Rio Burger terdapat tiga patty. 

double rip burger
triple rio burger

McDonalds juga keluarkan minuman baru iaitu Coke McFloat. Coke McFloat telah menarik perhatian pelanggan oleh kerana ramai yang gemar dengan minuman Coke Float. Dengan keluaran Coke McFloat daripada McDonalds Malaysia ini, orang ramai amat teruja. 

coke mcfloat

Youtuber ArieJojoy telah menaikkan video review di Youtube tentang Rio Burger dan juga menu baru McDonalds Malaysia yang lain seperti Blackcurrant Cream Cheese Pie.

Kepada penggemar makanan pedas, Rio Burger dari McDonalds mungkin akan memikat hati anda! Apa lagi, jom dapatkan sekarang dan rasa sendiri sementara masih ada!

Lihat iklan Rio Burger 2021 di Youtube channel McDonalds Malaysia!

Comments