Asal Usul Ayam Golek… Guna Anjing?

You are currently viewing Asal Usul Ayam Golek… Guna Anjing?

Kalau cakap tentang Ayam Golek, memang hampir semua rakyat Malaysia yang tahu, mustahil kalau yang tak tahu.

Kalau pergi pasar malam atau bazar Ramadan mesti jumpa gerai ayam golek.

ayam golek malaysia

Tapi, mesti ramai tak tahu dari mana datangnya teknik panggang ayam macam ayam golek ni, betul tak?

Nama lain bagi ayam golek ialah rotisserie.

Ia merupakan gaya memanggang di mana daging ditusuk pada pemanggang dan batang padat panjang digunakan untuk menahan makanan semasa dimasak di atas unggun api ataupun di ketuhar.

ayam panggang

Kaedah ini digunakan untuk memasak daging besar atau seluruh haiwan, contohnya ayam. 

Macam mana manusia boleh mula memanggang ayam dengan cara ini?

Menurut masakan pada abad pertengahan, panggang adalah cara pilihan memasak daging di rumah besar. Pelayan lelaki yang akan berada di sebelah tempat pemanggang tersebut dan memutar batang logam perlahan-lahan untuk memasak makanan, mereka dikenali sebagai “spit boy” atau “spit jack”.

Turnpits mekanikal (“jack roasting”) kemudian dicipta, dimana pada awalnya digerakkan oleh anjing di treadmill, kemudiannya oleh kuasa wap dan mekanisme jam mekanikal.

treadmill anjing
Pada zaman dahulu “jack roasters” digerakkan oleh anjing di treadmill

Pemanggang juga dapat digerakkan oleh turbin yang dipasang di cerobong dengan transmisi untuk torsi dan penukaran kelajuan. 

Namun, pada zaman kini pemanggang biasanya digerakkan oleh motor elektrik.

Jadi, dari situlah datangnya kaedah memanggang ayam atau daging secara golek.

Zaman abad pertengahan dulu, terpaksa gunakan anjing untuk hidupkan pemanggang. 

Sekarang zaman dah maju, senang je nak panggang ayam menggunakan cara golek ni kan?

Jom kita tengok video proses ayam golek yang padu di TikTok Purple Durian!

Comments