Pilih Dan Makan Sepuasnya di HausGrill Steamboat Cheese!

You are currently viewing Pilih Dan Makan Sepuasnya di HausGrill Steamboat Cheese!

Ada yang tengah mencari atau craving nak makan steamboat ke? Min ada satu port baek untuk korang! Sesuai untuk bawa seisi keluarga atau kawan kawan. Nama restoran steamboat tersebut adalah HausGrill Steamboat Cheese. Haaa apa yang menariknya restoran steamboat ni, jom ikuti min review di bawah!

Sebelum itu, min bagitahu details dulu ya. HausGrill Steamboat Cheese ini terletak di Kampung Jawa, Klang, Selangor. Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin, pada jam 5 petang hingga 11 malam.

HausGrill Steamboat di Kampung Jawa, Klang
HausGrill Steamboat Cheese yang bertempat di Kampung Jawa, Klang. Sumber: HausGrill Steamboat Cheese/ Facebook

Apa yang menariknya HausGrill Steamboat Cheese ni adalah makanan diorang yang unlimited tau dan semestinya fresh. Banyak pilihan yang korang boleh pilih seperti seafood, ayam madu, ayam samyang, ayam thai, kambing madu, sayur – sayuran dan sebagainya. Bukan tu je, diorang pun ada hidangkan makanan yang dah siap masak seperti spaghetti, mee dan nasi goreng. Tak lupa juga korang boleh nikmati dessert yang diorang sediakan lepas dah settle makan steamboat semua. Korang boleh singgah tengok video review tentang HausGrill Steamboat Cheese disini https://www.youtube.com/watch?v=jTimWvr-wPw . Tak lupa juga kalau korang nak cari cafe western di area Klang, Selangor, min recommend Cafe Salim! Boleh baca artikel yang min pernah review di sini https://purpledurian.my/food-review/cafe-salim-sarapan-mewah-western-di-warung/

pilihan kambing dan ayam
Pilihan ayam dan daging kambing. Sumber: HausGrill Steamboat Cheese/ Facebook
pilihan sayuran
Pilihan sayuran yang untuk hidangan sampingan. Sumber: HausGrill Steamboat Cheese/ Facebook
pilihan seafood
Pilihan seafood yang banyak dan segar. Sumber: HausGrill Steamboat/ Facebook

Harga

Di HausGrill Steamboat Cheese ni diorang menggunakan style buffet dimana korang bayar sekali dan makanlah sepuas puasnya. Jadi korang hanya perlu bayar per kepala sahaja dan senarai harga tersebut min letak kat bawah!

1. Dewasa: RM39.90

2. Warga Emas & OKU: RM30.00

3. Kanak – Kanak: RM16.90

Review

Min dah tengok review review di TikTok semua pergh sampai min pun rasa nak terus pergi sana tau. Tengok seafood diorang semua fresh belaka dan paling penting korang boleh makan sampai puas tau, jadi tak perlu risau tentang portion ke apa. Tapi kena ingat, kalau didapati sebarang pembaziran, korang akan didenda RM10 per 100gram. Jadi makanlah sebanyak mana korang nak cuma perlu berpada – pada untuk mengelakkan pembaziran ya! Btw kalau korang nak try steamboat yang lain sikit, korang boleh try LokLok di My LokLok Jalan Alor Bukit Bintang. Korang boleh baca review min di sini https://purpledurian.my/makan/viral/hidden-gems-di-jalan-alor-bukit-bintang-jom-nikmati-aneka-steamboat-di-my-lok-lok/

Location

📍HausGrill Steamboat Cheese

Lorong Kota Raja 8, Kawasan 1, 41000 Klang, Selangor

Website: https://hausgrill.com/

🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/W6CBEQLdKq1ANkJi8

📞Phone: 017 768 2115

📲Instagram: https://www.instagram.com/hausgrill_steamboat_cheese/?hl=en

📲Facebook: https://www.facebook.com/Hausgrilsteamboatcheese/

Comments