Hidden Gems di Jalan Alor, Bukit Bintang, Jom Nikmati Aneka Steamboat di My Lok Lok

You are currently viewing Hidden Gems di Jalan Alor, Bukit Bintang, Jom Nikmati Aneka Steamboat di My Lok Lok

Korang pernah dengar tak satu kedai nama My Lok Lok ni? Tahu tak lok lok tu apa? Haaa meh sini min share sikit apa itu lok lok. Lok Lok ini adalah steamboat atau dip dip yang digoreng tenggelam dengan minyak yang banyak. Terdiri daripada sayuran, daging dan juga makanan laut.

Set di My Lok Lok
Ini lah dia lok lok yang terdiri daripada seafood dan sayuran. Sumber: myloklok_/Instagram

Di My Lok Lok, mereka juga menyediakan aneka steamboat yang boleh kita pilih dari bahagian makanan laut, makanan laut goreng dan juga sayuran. Yang paling best, My Lok Lok menyajikan kuah yang unik seperti tomyam, miso, sup sate celup dan sup buttermilk! Pilih makanan pula korang boleh pilih sama ada satu-satu cocok atau set dua ke tiga orang makan.

My Lok Lok di Jalan Alor, Bukit Bintang
My Lok Lok dibuka dari pukul 4 petang hingga 3.30 pagi. Sumber: myloklok_/Instagram

Menu

1. Set Seafood (RM108)

Set seafood ini terdiri daripada makanan laut yang fresh seperti udang, ketam, kerang, lala, sotong dan sayuran tambahan!

Set seafood
Ini lah yang korang akan dapat bila korang order set seafood! Sumber: myloklok_/Instagram

2. Fried Chicken Skin dan Fried Giant Sotong (RM18 – RM30)

Korang juga boleh try diorang punya kulit ayam goreng dan juga sotong goreng yang bersaiz besar. Boleh rasa combination antara makanan rangup, celup pula dalam kuah buttermilk atau kuah kacang sate celup tu.

Kulit ayam goreng dan sotong goreng
Kulit ayam yang rangup dan sotong goreng yang bersaiz besar! Sumber: myloklok_/Instagram

Review

Rata-rata yang pernah makan di My Lok Lok semua katanya berbaloi dengan harga dan juga juadah yang disediakan di sana. Harga untuk set pula bagi min memang sedikit mahal tetapi dengan portion yang diorang letak tu sangat banyak campur pula dengan seafood yang fresh, sememangnya berbaloi dan puas hati lah orang kata.

📍 Location

My Lok Lok,

63, Jalan Alor,

Bukit Bintang,

50200 Kuala Lumpur,

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Business Hour: 4PM – 3.30AM

Phone: 010 211 4678

Instagram: https://www.instagram.com/myloklok_/

TikTok: https://www.tiktok.com/@myloklok_

Facebook: https://www.facebook.com/myloklokjalanalor

Comments