Makan Sambil Rendam Kaki di BBQ Lamb KL Kemensah

You are currently viewing Makan Sambil Rendam Kaki di BBQ Lamb KL Kemensah

Korang pernah dengar tak satu restoran yang menawarkan konsep dining in the river atau menjamu selera di dalam sungai? Tak pernah? Baik hari ni min ada nak share satu restoran di mana korang boleh menjamu selera sambil rendam kaki dalam sungai dan menikmati persekitaran yang sejuk dan segar serta dekat dengan alam.

suasana di bbq lamb kl kemensah
Suasana persekitaran di BBQ Lamb KL Kemensah. Sumber: BBQ Lamb KL Kemensah/ Facebook

Nama restoran tersebut adalah BBQ Lamb KL Kemensah yang berlokasi di Kampung Kemensah, Ampang, Selangor. Dibuka setiap hari dari jam 12 tengahari sampai 8 malam. Macam yang min cakap tadi, menariknya BBQ Lamb KL Kemensah ini bukan setakat makanan mereka yang sedap, tetapi korang juga boleh menghirup udara yang segar dan menikmati keindahan alam. Korang boleh tengok video review tentang BBQ Lamb KL Kemensah ini oleh Mark O’dea https://www.youtube.com/watch?v=JQw3-2wJaH4. Selain dari BBQ Lamb KL Kemensah ini, korang juga boleh bawa family korang makan sekali di Chicken Royale sampai makan tak habis tau! Boleh baca review min di sini ya https://purpledurian.my/makan/viral/chicken-royale-sekampung-pun-boleh-makan-satu-set/

Makan sambil rendam kaki
Korang boleh makan sambi rendam kaki dalam air sungai yang sejuk serta menghirup udara segar. Sumber: BBQ Lamb KL Kemensah/ Facebook

Menu

Ini adalah menu yang disediakan oleh BBQ Lamb KL Kemensah;

Menu di BBQ Lamb KL Kemensah

1. Chicken Chop Rice (RM30)

Chicken Chop Rice ini dihidangkan bersama dengan sup, coselaw dan air free refill!

2. Vegetarian (RM35)

Ini pula sesuai untuk vege atau sesiapa yang kurang makan daging. Disediakan dengan tortila membaluti sayuran, wedges beserta air free refill.

Menu di BBQ Lamb KL Kemensah
Menu di BBQ Lamb KL Kemensah

3. Smokey Tenderloin Rice (RM38)

Disediakan dengan daging Terderloin seberat 120g beserta nasi, coselaw dan air free refill

4. Smokey Duck Rice (RM38)

Menu ini pula dihidangkan dengan dada itik, nasi dan juga air free refill

Review

Bagi min harga makanan di BBQ Lamb KL Kemensah ini sedikit tinggi tetapi berbaloi dengan portion yang korang dapat ditambah pula dengan keindahan alam semulajadi di sekeliling korang. Review yang min baca di TikTok dan juga Instagram semua berpuas hati dengan layanan yang diberi. Tetapi min dapat satu info di mana BBQ Lamb KL Kemensah ini akan ditutup sementara di atas kejadi tanah runtuh di Batng Kali baru baru ini. Mereka akan buka semula pada 24 Disember 2022. Btw kalau korang rasa jauh dari tempat korang, min ada suggestion untuk orang Shah Alam yang masih nak merasa western food paling sedap di Shah Alam. Boleh baca di link ini ya https://purpledurian.my/makan/moden/karnivor-malaya-menampilkan-smoked-beef-paling-best-di-shah-alam/

Location

📍BBQ Lamb KL Kemensah

19, Jalan Taman Zooview, Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Selangor

🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/GVypQzzKtUvCDGHy7

📞Phone: 012 211 4100

📲Instagram: https://www.instagram.com/bbqlambklkemensah/?hl=en

📲Facebook: https://www.facebook.com/Bbqlambklkemensah/

Comments