30 Hari 30 Resepi by Khairul Aming: Rendang 2 Kilo Daging

You are currently viewing 30 Hari 30 Resepi by Khairul Aming: Rendang 2 Kilo Daging

Hai korang! So harini kita akan kongsikan resepi rendang menggunakan 2 kilo daging. Korang boleh simpan atau catat artikel ni siap-siap supaya malam raya nanti boleh masak sebagai menu di pagi raya.

Kalau nak lagi ngam, bolehlah hidangkan sekali pencuci mulut Puding Roti atau Kerepek Popia Sira sebagai menu kuih raya nanti hehe. Jom semak resepi Rendang Daging dari KA.

MENU: RENDANG 2 KILO DAGING

Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 2-3 jam 30 minit
Jumlah hidangan: 8-10 orang

Bahan-bahan:

  • 4 bawang besar
  • 2 ketul halia sebesar ibu jari
  • 8 batang serai
  • 2 ketul lengkuas sebesar ibu jari
  • 1 kunyit hidup
  • 8 ulas bawang putih
  • Cili kisar
  • 2 kilo daging
  • Garam dan serbuk perasa
  • 1 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 2 kotak kecil santan
  • Gula melaka
  • Daun kunyit (dihiris)
  • 8 helai daun limau purut (dihiris)
  • 3 sudu besar kerisik
  • Air asam jawa

Cara-cara:

  • 1. Pertama sekali, untuk membuat rendang daging, ambil bawang merah, halia, serai, lengkuas, kunyit hidup dan bawang putih untuk dikisar sehingga lumat. Kemudian, tumiskan di dalam kuali atau kawah besar bersama dengan 3 sudu cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
  • 2. Masukkan 2 kilo daging beserta garam dan serbuk perasa secukupnya. Selepas itu, masukkan biji ketumbar, jintan manis dan jintan putih yang telah ditumbuk halus. Kacau sehingga semuanya rata. Kemudian, barulah masukkan sedikit air. Kacau dan masak sehingga daging betul-betul empuk (selalunya lebih kurang 2-3 jam). Pastikan api jangan terlalu kuat.
  • 3. Selepas daging sudah empuk, masukkan 2 kotak kecil santan, gula melaka secukupnya, daun kunyit, daun limau purut, kerisik dan air asam jawa secukupnya.
  • 4. Akhir sekali, kacau sehingga rendang daging tersebut pecah minyak dan sudah sedikit kering, barulah ianya siap untuk dihidang!

Selamat mencuba!

Video penuh dari Tiktok KA: Resepi Rendang 2 Kilo Daging

Leave a Reply