Nasi Ayam adalah suatu hidangan yang tidak pernah ketinggalan dalam senarai makanan kegemaran rakyat Malaysia. Malahan, nasi ayam ini sangat senang dijumpai dimana mana di seluruh Malaysia, pergi la ke ceruk mana sekali pun mesti kita jumpa warung nasi ayam, kan? Sama juga di Singapura, nasi ayam menjadi sebuah hidangan kegemaran hampir semua orang.
Sejak dulu lagi, Malaysia dan Singapura saling klaim yang nasi ayam ni hidangan dari negara masing-masing. Tetapi benarkah ia berasal dari salah satu negara ni? Mari kita dalami sejarah nasi ayam yang menarik ni.
Asal usul Nasi Ayam
Mengikut sejarah, Nasi ayam ni berasal dari hidangan yang dicipta dan dibawa oleh pendatang Cina di Asia Tenggara. Menurut Fooddetik.com, mereka menjelaskan yang nasi ayam atau nasi ayam hainan diadaptasi dari hidangan bernama “Wenchang Chicken Rice” yang berasal dari Wenchang di Pulau Hainan, China.
Perbezaan antara Nasi ayam di Malaysia/Singapura dengan nasi ayam Wenchang ialah cara ayam dimasak dan bahan perasa menggunakan paprika kuning dan bukan cili. Bukan itu saja, saus nasi ayam wenchang juga sangat simple kerana hanya minyak, jeruk kalamansi, bawang putih dan halia digunakan. Hal ini kerana daging ayam adalah fokus dalam hidangan ini. Nasinya juga berwarna putih biasa – tidak berwarna kuning seperti nasi ayam di Malaysia atau Singapura.
Nasi ayam mula-mula sampai ke Malaysia pada tahun 1939 apabila warung pertama yang menjual nasi ayam muncul di negara ini. Manakala setahun selepas itu, warung nasi ayam yang pertama di Singapura pula muncul pada tahun 1940. Sampai sekarang, penjualan nasi ayam masih kekal dan masih mendapat sambutan yang meriah dari setiap pencinta makanan.
Nasi Ayam Malaysia dan Nasi Ayam Hainan
Jadi, Nasi ayam dan nasi ayam Hainan dinamakan sedemikian kerana asal-usulnya dari populasi orang Cina bersuku Hainan di kawasan Nanyang. Nasi ayam versi yang ada dekat Malaysia dan Singapura ini ialah yang telah digabungkan dengan unsur-unsur tempatan untuk ikut citarasa pemakanan orang Asia Tenggara.
Nasi ayam Hainan ialah hidangan ringkas ayam rebus yang berair dan nasi beraroma, biasanya dihidangkan dengan perasa seperti halia hancur, kicap pekat dan sos cili. Nasi ayam biasa yang dijual di Malaysia pula bezanya dari segi masakan ayam yang biasanya akan dipanggang atau goreng. Hidangan nasi ayam hainan juga pilihan yang lebih sihat dan baik untuk orang yang diet atau jaga pemakanan kerana ia tidak bergoreng.
Begitulah asal usul nasi ayam yang datang jauh dari daerah di Cina sehingga sampai ke pinggan kita sekarang ni. Lagi banyak kita belajar tentang asal usul makanan ni, lagi lebih menghargai dan menikmati keunikan rasa dan asal usulnya. Jadi, makan makan juga, tapi rajin rajin la kita baca sejarah makanan-makanan kat Malaysia ni okay!
Korang pun boleh baca artikel “Paling Best Nasi Lemak di Johor“.