Makanan Tradisi Unik Orang Sarawak!

You are currently viewing Makanan Tradisi Unik Orang Sarawak!

Sarawak, wilayah bersejarah yang kini sebahagian dari Malaysia. Sarawak terdiri daripada bahagian barat laut pulau Borneo dan bersempadan dengan kesultanan Brunei, Sabah di utara dan Borneo Indonesia di timur dan selatan. Dikelilingi dengan keindahan alam sedikit sebanyak telah mempengaruhi makanan di negeri Sarawak, Bumi Kenyalang. 

Dahulu agak susah untuk dapatkan pelbagai jenis makanan Sarawak di Semenanjung Malaysia. Tapi sekarang sudah terdapat beberapa restoran yang menyajikan makanan makanan tradisi dari Bumi Kenyalang. Walaupun tak banyak lagi, tapi kewujudan restoran restoran ni dapatlah bagi pengalaman kepada orang Semenanjung untuk rasa keunikan makanan disana. 

Sarawak, Bumi Kenyalang. Sumber: syuderis.com

Antara hidangan yang wajib dicuba adalah:


1. Mee Kolok

Salah satu makanan Sarawak yang terkenal di seluruh Malaysia. Sumber: selangorbazaarrakyat.com

Menggunakan mee sanggul dan dihidangkan bersama sup serta kicap, hirisan daging atau ayam yang direbus, Mee kolok merupakan antara makanan Sarawak yang popular. Yang ramai tak tahu, asalnya mee kolok adalah dari masyarakat Cina yang berhijrah ke Sarawak tau. Nama cina bagi mee kolok ialah mee kampua dan mee rangkai/mee kering pula adalah nama iban mee ni. 

2. Mee Tomato Rangup

sumber: wikimediacommons.com

Min yakin tak ramai yang pernah dengar pasal mee tomato rangup ni, kan? Walaupun ia tidak se’famous’ mee kolok tetapi ia adalah mee yang digemari oleh hampir kesemua rakyat Sarawak tau. Rupa mee ni hampir mirip dengan mee bandung dengan kuahnya bewarna kemerahan. Mee ini juga dikenali sebagai mee dawai sebab mee yang digunakan keras, rangup dan menyerupai dawai.

3. Manuk Pansuh

Ayam yang dimasak dalam buluh. Sumber: maggi.com

Orang sarawak panggil ayam sebagai Manuk, menarik kan? Manuk pansuh ialah hidangan ayam dimasak didalam buluh dengan bahan bahan khas untuk jadikan dia satu hidangan yang sedap. Hidangan ini merupakan antara makanan tradisional masyarakat Iban dan enak dimakan bersama nasi panas.

4. Umai

Umai kegemaran. Sumber: umpan.my

Agak serupa dengan susyi, umai ialah makanan laut (isi ikan, udang, sotong dan sebagainya) yang dimakan mentah. Biasanya makanan laut ini diperap bersama air perahan limau yang menjadikan makanan laut itu ‘masak’ dan selamat dimakan. Ia juga sedap bersama nasi putih kosong.

5. Tebaloi

Snek Sarawak yang berwarna-warni. Sumber: reddit.com

Ini pula antara snek yang sentiasa dicari di Sarawak. Ia merupakan kepingan biskut sagu makanan tradisional masyarakat Melanau. Bahan utama tebaloi ialah tepung sagu dan ada banyak warna menarik tapi biasanya akan jumpa kuning, hijau dan pink. 

6. Linut

Linut yang dihidang dengan pelbagai jenis lauk. Sumber: otosection.com

Linut merupakan makanan tradisional yang dinikmati oleh kaum etnik di Sarawak iaitu Melanau. Bukan sahaja menjadi kegemaran kaum etnik Melanau, tetapi ia hampir digemari oleh seluruh masyarakat Sarawak.

Makanan tradisional masyarakat Sarawak perlu sentiasa dikekalkan keunikan dan kelazatannya kerana ia merupakan satu khazanah negara juga. Rugi la kalau makanan yang unik semua ni tak dapat generasi muda akan datang kenal dan rasa, setuju tak? Min nak plan trip ke Sarawak sekarang juga! 

Comments