Lepak Sambil Pekena Kopi Dulu Bersama Biggy and The Ahli Kopi

You are currently viewing Lepak Sambil Pekena Kopi Dulu Bersama Biggy and The Ahli Kopi

Asyik review restoran je kan, sekali sekala nak review selain dari makanan berat juga. Haaa harini kita santai sikit min nak share satu kedai kopi di Sungai Petani, Kedah yang diberi nama Biggy and The Ahli Kopi.

Biggy and The Ahli Kopi ini terletak di Taman Pekan Baru, Sungai Petani, Kedah. Dibuka setiap hari kecuali hari Selasa dari jam 8 pagi hingga 12 malam. Korang boleh take away dan juga dine in di sana. Suasana dalam kedai Biggy and The Ahli Kopi ni memang vibe dia santai habis.

Cawangan Biggy and The Ahli Kopi
Cawangan Biggy and The Ahli Kopi. Sumber: Biggy and The Ahli Kopi/ Facebook

Btw kalau korang juga nak try kedai western di Sungai Petani, korang boleh check out Pot Lepak di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani. Boleh baca review min di sini ya https://purpledurian.my/makan/viral/pot-lepak-port-lepak-dengan-western-paling-best-di-sungai-petani/

Menu

1. Malayan Latte (RM7.50)

Malayan Latte
Malayan Latte

Antara menu baru yang menarik hati min, gabungan kopi yang asli dan dipenuhi dengan krim putar di atas serta hirisan gula merah.

2. Frappe Jalan Patani (RM9.50)

Frappe Jalan Patani
Frappe Jalan Patani

Ini pula frappe jalan patani, kalau tak nak frappe, kopi jalan patani pun ada tau.

3. Nasi Lemak Crispy Chicken Rendang (RM13.50)

Nasi Lemak Crispy Chicken Rendang
Nasi Lemak Crispy Chicken Rendang

Menu istimewa lah orang kata, boleh cuba nasi lemak dengan ayam rendang krispi. Sedap tak terkata!

4. American Breakfast Plate (RM10.50)

American Breakfast Plate
American Breakfast Plate

Ini pula breakfast ala ala orang putih. Dalam satu pinggan tu ada pancake, scrambled eggs, sausage dan juga bacon.

Review

Bagi min harga dia tak ada lah mahal mana, berbaloi lah dengan hidangan yang diorang sediakan di Biggy and The Ahli Kopi ni. Harga kopi diorang pun bukan harga ‘hipster’ walaupun interior kedai diorang ala ala hipster orang kata. Siapa yang berada di Kedah boleh lah singgah di Biggy and The Ahli Kopi untuk cuba hidangan diorang sambil menikmati kopi kopi best diorang! Btw kalau korang nak teroka restoran lain yang berdekatan, korang boleh try Rumah AOR di Alor Setar, Kedah. Boleh juga baca di sini min letakkan link ya https://purpledurian.my/makan/viral/rumah-aor-hidden-gems-di-alor-setar/

Location

📍Biggy and The Ahli Kopi

1, Jalan Patani, Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah

🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/K68jjcjE6HZViFrc7

📲Instagram: https://www.instagram.com/biggyandtheahlikopi/?hl=en

📲Facebook: https://www.facebook.com/Biggy-The-Ahli-Kopi-121443552579601/

Comments