Kenali McDonald’s, Restoran Makanan Segera Yang Dekat di Hati

You are currently viewing Kenali McDonald’s, Restoran Makanan Segera Yang Dekat di Hati

Siapa kat sini tak pernah makan Mcdonald’s? Siapa juga yang tak kenal dengan restoran makanan segera paling famous ini kan? Haa meh sini min share sikit, sejarah menu popular dan fun fact tentang McDonald’s.

Sejarah

McDonald’s telah bertapak di Malaysia selama lebih 35 tahun. Cawangan pertama mereka telah dibuka di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada tanggal 29 Mei1982.  Kini, McDonald’s memiliki lebih 12,000 kakitangan di negara ini dan 95% daripadanya terdiri daripada rakyat Malaysia.

McDonald's Bukit Bintang ketika pertama kali dibuka
Suasana ketika restoran McDonald’s pertama dibuka di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Sumber: McDonald’s

Sehingga hari ini, terdapat lebih kurang 260 buah restoran McDonald’s telah dibuka seluruh Malaysia dan dijangka akan meningkat sebanyak 450 buah restoran lagi menjelang tahun 2025.

McDonald’s menjadi rangkaian restoran perkhidmatan segera pertama di Malaysia yang menerima Pensijilan Halal daripada Bahagian Hal Ehwal di Jabatan Perdana Menteri pada awal 90-an.

McDonald's Bukit Bintang sekarng
Restoran McDonalds sekarang di Bukit Bintang. Sumber: gempak.com

Menu

McDonald’s memiliki beberapa menu popular termasuk ayam goreng, burger dan pencuci mulut. Pada minggu lepas, McDonald’s telah melancarkan menu yang diimprovisasi iaitu beef burger. Terdiri daripada tiga burger iaitu Big Mac, Double Cheeseburger dan Spicy Double Beef with Cheese.

Menu baru oleh McDonalds
Menu yang diimprovisasi oleh Mcdonald’s. Sumber: soyacincau.com

Selain daripada menu diatas, pelanggan juga boleh memilih makanan atau minuman kesukaan mereka pada harga RM5.99 dan RM6.50 dalam menu Mix dan Match. Min pun selalunya order Mix and Match je kalau tak ada duit tapi mulut masih nak merasa McDonald’s.

Menu Mix and Match dari McDonald's
Promosi dari McDonald’s, Mix and Match. Sumber: McDonald’s

Fun Fact

McDonald’s telah membuat kenyataan di laman web mereka bahawa mereka tidak pernah menyokong sebarang konflik politik atau keagamaan seperti menyalurkan hasil jualan mereka kepada Israel.

Selain itu, kesemua makanan dan minuman yang disediakan oleh McDonald’s adalah dijamin 100% halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

McDonald’s juga mempunyai badan kebajikan sendiri iaitu Persatuan Kebajikan Ronald McDonald’s Malaysia (RMHC) yang ditubuhkan pada tahun 1990 dan sehingga hari ini telah menyalurkan lebih RM11 juta untuk membantu sekitar 20,000 kanak-kanak yang kurang bernasib baik di seluruh Malaysia.

Rumah Kebajikan Ronald McDonald's Malaysia
Rumah Kebajikan milik McDonald’s sendiri. Sumber: rmhc-malaysia.com

Website: https://www.mcdonalds.com.my/ 

Facebook: https://www.facebook.com/My.McDonalds/ 

Instagram: https://www.instagram.com/mcdonaldsmalaysia/ 

Youtube: https://www.youtube.com/user/McDonaldsMalaysia 

Twitter: https://twitter.com/McDMalaysia

Comments