Juadah yang Best Korang Boleh Try di RIUH Raya Souk!

You are currently viewing Juadah yang Best Korang Boleh Try di RIUH Raya Souk!

Rasanya korang mesti familiar kan dengan event-event yang selalu dibuat dekat Sentul Depot ni? Antara yang terkenal mestilah event riuhinthecity! Kat sini kalau ada event je mesti meriah dengan ‘pop-up’ store, ‘workshop’, showcase, dan juga persembahan live daripada artis tanah air kita!

Sempena bulan Ramadan dan perayaan Aidilfitri yang kian menjelang ni, sekali lagi riuhinthecity menganjurkan sebuah event yang mempunyai banyak jenis benda untuk meraikan bakat-bakat kreatif tempatan. RIUH Raya Souk telah memecahkan rekod dalam menampilkan 109 jenama kreatif tempatan yang menawarkan pakaian, aksesori, kuih Raya, barangan penjagaan kanak-kanak, hiasan rumah serta produk kecantikan bermula 23 sehingga 24 April 2022 pada jam 4 petang sehingga 12 tengah malam.

Korang tengoklah sendiri, banyak kan vendor yang korang boleh singgah kat riuhinthecity nanti! Dah berjalan sambil menunggu buka puasa tu, korang boleh tengok makanan yang dijual di riuhinthecity. 

Kat sini, korang boleh menjamu selera dengan seleksi juadah berbuka puasa yang mengiurkan termasuk hidangan tradisi Kelantan oleh Gamelan, hidangan Johor oleh Kecur, sate Sataysfaction, Phil’s Pizza, MyBurgerLab, Sosej Sizzle dan minuman oleh Bo The Avocado, Brotani dan TFKL serta banyak lagi. Bukan hidangan berbuka je tau ada! Korang pun boleh nikmati petang korang dengan hidangan Raya daripada SheBakes, Poppy Cherry Pop, That Last Bite dan pencuci mulut oleh F.R. Copper dan gelato mesra bumi oleh The Unusual Greens. Korang boleh scroll bawah ni kalau nak tengok antara contoh makanan yang korang boleh cuba pada 23 dan 24 April ni!

Rendang raya hotdog oleh @sausagesizzlemy 🌭
Makanan tradisi Kelantan oleh @restorangamelan
Burger dan hotdog oleh @myburgerlab
Butter chilli clam with mantou oleh @gajahstation
Gorpis Cheese Oreo oleh @thegorpis

Macam mana? Nampak menarik kan semua ni. Apa lagi, korang boleh ajak kawan kawan korang pergi ke riuhinthecity yang terletak di Sentul Depot dan nikmati hidangan yang dijual di situ. Jom lah kita support jualan orang tempatan kerana RIUH merupakan platform kreatif yang menyasarkan peningkatan ekosistem kreatif dengan menghubungkan jenama-jenama tempatan, usahawan kreatif, pencipta-pencipta dan artis-artis kepada komuniti.

Maklumat lanjut berkenaan RIUH di www.riuh.com.my atau layari laman Instagram & Facebook mereka! Enjoy your weekend! 

📍Sentul Depot

Sentul West, 51100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Google Map: https://goo.gl/maps/LbqndyVvj8PnEfJ3A

Comments

Leave a Reply