Jom Makan Dendeng Bakar yang Halal di Kampung Baru!

You are currently viewing Jom Makan Dendeng Bakar yang Halal di Kampung Baru!

Selalunya orang kita selalu anggap yang dendeng ni makanan tak halal kan? Tapi sekarang korang tak perlu risau lagi sebab korang dah boleh dapatkan dendeng bakar yang halal di Kampung Bharu, KL! Kita sendiri tahu yang area sini memang agak susah sikit kan nak cari parking tapi jangan risau, korang boleh naik LRT Laluan Kelana Jaya dan berhenti di stesen LRT Kg Baru sebab kafe ni berdekatan sangat dengan stesen tu. kalau korang nak pergi ke kafe ni korang boleh masuk ke dalam bangunan Legasi yang terletak bersebelahan dengan LRT Kg Baru ni. Senang kan? Jimat wang dan jimat masa jugak! 

Dendeng bakar atau meat jerky ni halal tau buat pengetahuan korang. Bahan-bahan yang digunakan semuanya dijamin halal dan dimasak oleh orang Muslim sendiri untuk mengelakkan syubhah pelanggan yang nak try makan dendeng bakar ni. 

Kawasan yang bersih untuk menyediakan makanan untuk pelanggan
Dapur yang bersih untuk dendeng disalai

Kami dari team Purple Durian dah pergi sendiri tau merasai dendeng bakar yang halal ni. Memang sedap tau korang, tak tipu! Memang flavorful sangat lepas gigit dendeng tu. Makan pulak dengan pan mee atau nasi sebab ada juga tau set menu yang disekalikan dengan pan mee dan nasi.

Nasi Dendeng (Beef/Chicken)
Ni pulak hidangan Pan Mee Dendeng (Beef/Chicken)

Selain daripada hidangan nasi dan pan mee, kat sini ada juga tau makanan ringan untuk mengisi perut korang.

Mantou ni korang kena try! Cicah pulak dengan susu pekat memang ngam betul.
Selain mantou, dumpling ni pun korang wajib try!
Kalau taknak makan pan mee atau nasi, korang boleh order dendeng bakar dia je tau! Jangan risau, memang ada dalam menu pun!
Aiyu jelly ni sedap and refreshing, memang kena try!
Guilinggao (Chinese Herbal Jelly) yang dihidangkan dengan Madu Tualang Asli. Menarik kan? Rasa herba yang sedap.
Toast Dendeng! Ni pun sedap sangat.

Korang tunggu apa lagi? Jom serbu Dendeng Bakar Cafe (Chinese Muslim Food) kat Kg Baru, KL ni. Untuk menu, korang boleh tengok sendiri di laman web Dendeng Bakar dan pilih sendiri menu mana yang menarik perhatian korang. Yang penting korang tak payah risau tentang status halal sebab memang dijamin halal. Kalau dah pergi nanti, jangan lupa tag @purpledurian tau! 

📍 Dendeng Bakar Cafe (Chinese Muslim Food)

  C-G-36, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur

  Google Map: Dendeng Bakar Cafe

  Instagram: @dendengbakarcafe

Comments