BROWNIES BAR BY THE ACCIDENTAL BAKERS TUKAR NAMA?

You are currently viewing BROWNIES BAR BY THE ACCIDENTAL BAKERS TUKAR NAMA?

Rasanya korang yang duduk kat Klang Valley ni tahu kan jenama pencuci mulut ‘brownies’ yang diasaskan oleh dua orang yang bekerjaya dan berdedikasi iaitu Hazwan Yazit dan Ee-Lyn Tan ni? Dulu nama kedai khusus brownies yang pertama di negara kita ni dikenali sebagai BROWNIES BAR BY THE ACCIDENTAL BAKERS. Pada hari bertarikh 15 April 2022, mereka telah mengumumkan kedai khusus yang diasaskan mereka ni telah dinamakan semula sebagai BROWNIESBAR

Logo BROWNIESBAR

Kedai khusus brownies yang terdapat di dua cawangan kedai iaitu di The Gardens Mall dan Pavillion ini akhirnya menukar nama jenama mereka kepada BROWNIESBAR selepas enam tahun beroperasi.

Dengan pelancaran nama baru, mereka berharap untuk sentiasa menyediakan servis yang terbaik kepada semua peminat brownies di Lembah Klang dan juga yang berada di luar Lembah Klang.

Selepas penjenamaan baharu, BROWNIESBAR kini bersedia untuk memberi laluan kepada produk baru yang dikeluarkan mereka dan memberi penyelesaian kepada masalah logistik untuk menunaikan permintaan peminat brownies di luar Kuala Lumpur.

Penjenamaan ini juga merupakan titik utama untuk menambah baik sistem mereka dengan menyediakan perkhidmatan penghantaran brownies artisanal mereka kepada penduduk Lembah Klang dalam jangka masa 4 jam dan dalam beberapa hari bekerja ke Semenanjung Malaysia serta Sabah Sarawak melalui kurier.

Korang jangan risau tau, produk yang dikeluarkan mereka ni dijamin halal dan mesra Muslim. So, jangan risau dah lepasni kalau korang nak order brownies dari BROWNIESBAR ni!

Dalam pada tu jugak, korang tahu tak, BROWNIESBAR ada jugak keluarkan kit membuat brownies yang dinamakan Do-It-Yourself Brownie untuk korang yang berminat untuk buat brownies sendiri dengan selesa di rumah korang!

BROWNIESBAR ni ada banyak tau perisa yang korang boleh pilih. Tapi apa salahnya kalau korang beli semua sekali dan rasa semua brownies dari jenama ni! Boleh recommend kat kawan-kawan dan keluarga korang nanti, yang penting mereka menggunakan coklat gelap tau untuk menghasilkan brownies yang sedap ni!

Antara perisa brownies di BROWNIESBAR yang korang boleh pilih adalah seperti Signature Classic Brownies, Salted Caramel Brownies, Sea Salt Almond Brownies, Mixed Nuts Brownies, Peanut Butter Brownies dan Nutella Brownies. Apa kata korang try semua dan share kat team Purple Durian perisa apa yang paling best!

Sempena Ramadan ni, BROWNIESBAR tidak melepaskan peluang untuk keluarkan perisa edisi terhad iaitu Cheese Leleh Brownies yang dihiasi sos persia keu nacho yang dilelehkan di atas Signature Classic Brownies mereka. Bukan tu je tau korang, ada sos tambahan untuk korang lelehkan lagi. Sambil-sambil lelehkan tu bolehlah rekod dan post kat sosial media korang tu! Hehe..

Kalau korang nak rasa sendiri brownies ni, korang boleh tekan link ni dan terus buat pesanan korang. Yang dekat Lembah Klang tu, korang boleh singgah The Gardens Mall untuk beli brownies yang sedap ni! 

Comments