Experiment Kitchen – Semua Jenis Hidangan Di Bawah Satu Bumbung!

You are currently viewing Experiment Kitchen – Semua Jenis Hidangan Di Bawah Satu Bumbung!

Ada yang mencari restoran yang ada semua jenis makanan? Dari western, seafood, ayam penyet, pasta, mac n cheese dan banyak lagi! Semua jenis makanan ini korang boleh dapat bawah satu restoran sahaja tau! Haaaa jom ikut min review restoran yang diberi nama Experiment Kitchen.

Experiment Kitchen ini terletak di Cheras, Selangor. Dibuka setiap hari dari jam 12 tengahari hingga 11 malam. Apa yang bestnya Experiment Kitchen ni, korang dah tak perlu cari restoran lain tau sebab semua ada dan paling special korang boleh makan dalam talam! Besar dan banyak pula tu portion nya, memang tak habis lah makan sorang.

Experiment Kitchen
Experiment Kitchen yang bertempat di Balakong, Cheras. Sumber: experimentkitchen/ Instagram

Btw kalau korang nak cuba makan sambil dikelilingi udara segar dan rendam kaki di sungai, korang boleh singgah di Kemensah, Kuala Lumpur. Boleh baca review min di sini ya https://purpledurian.my/makan/moden/makan-sambil-rendam-kaki-di-bbq-lamb-kl-kemensah/

Jom tengok antara menu yang diroang sediakan!

Menu

1. Ayam Geprek (RM17.50)

Ayam Geprek
Ayam geprek dari Experiment Kitchen. Sumber: experimentkitchen/ Instagram

Yang bestnya ayam geprek di sini adalah korang boleh pilih sendiri tahap kepedasan yang korang nak. Nak yang level biasa sampai lah level yang berasap telinga korang.

2. Fried Squid: XXL Deep Fried Squid (RM33.90)

Fried Squid
Sotong goreng tepung yang bersaiz XXL

Mak aiii mana nak dapat sotong goreng tepung crispy yang besar macam ni kat tempat lain ya. Semestinya lah di Experiment Kitchen sahaja.

3. Cengekerang Out: 1-2 Pax (RM49.90)

Cengkerang Out
Shell out versi Experiment Kitchen

Haaaa ini lah dia cengkerang out atau shell out versi Experiment Kitchen tau. Boleh dimakan satu atau dua orang pun cukup.

4. Set Mini Talam: 1-2 Pax (RM33.50 – RM59.60)

Set Mini Talam
Set mini talam yang boleh makan untuk 1-2 pax

Set mini talam ini boleh dimakan seorang atau dua orang. Ada pelbagai jenis makanan yang korang boleh pilih dan harga pula semua berdasarkan apa yang korang pilih.

5. Talam Series: 5-6 Pax (RM114.90 – RM144.90)

Set Talam Series
Talam Series sesuai untuk 5-6 orang makan

Set Talam Series ini pula sangat sesuai untuk 5 atau 6 orang makan sebab portion dia memang banyak gila.

Review

Banyak gila menu diorang sampai tak cukup lah min nak list kan satu satu. Korang boleh tengok di laman web diorang apa yang diorang sajikan. Side dish pun ada tau. Potion pula memang banyak dan besar, ada set talam yang korang boleh kongsi ramai ramai. Min tengok review orang tentang Experiment Kitchen ini pun semua katanya berbaloi sangat dengan harga. Boleh ajak family korang atau kawan kawan makan sekali ya! Ada apa lagi di Cheras? Korang boleh juga cuba cakoi yang gebu di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Boleh baca review min yang lepas di sini ya https://purpledurian.my/makan/cakoi-gebu-dan-sedap-di-bandar-tun-hussein-onn-cheras/

Location

📍Experiment Kitchen

No. 8G, 10G & 12G, Jalan Cheras Maju, Pusat Perniagaan Cheras Maju, Balakong, 43200 Cheras, Selangor

🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/zwYJaqPrvaeAi8L4A

📞Phone: 010 443 6692

📲Instagram: https://www.instagram.com/experimentkitchen/?hl=en

📲Facebook: https://www.facebook.com/experimentkitchen2016/

📲Website: https://experimentkitchen.business.site/

Comments