RAIKAN PESTA CAHAYA TAHUN INI DENGAN MENU ‘DELIGHTFUL KOLI’

  • Post author:
  • Post category:Makan / News
  • Reading time:4 mins read
You are currently viewing RAIKAN PESTA CAHAYA TAHUN INI DENGAN MENU ‘DELIGHTFUL KOLI’

DARIPADA THE CHICKEN RICE SHOP
TCRS memperkenalkan menu baharu sempena perayaan Deepavali

Delightful Koli

Kuala Lumpur, 17 Oktober 2023 – Sempena menyambut Pesta Cahaya yang kian menjelang, The
Chicken Rice Shop (TCRS) teruja untuk melancarkan menu baharu mereka yang sangat dinanti-
nantikan, ‘Delightful Koli’. Menu ini boleh didapati di cawangan TCRS di seluruh negara mulai
sekarang hingga 19 November 2023.

Deepavali, atau lebih dikenali sebagai Pesta Cahaya, adalah masa untuk menyambut perayaan
bersama keluarga dan menunjukkan rasa kesyukuran. Apakah cara yang terbaik untuk memberikan
penghargaan buat mereka yang menerangi hidup kita? Pastilah dengan berkongsi hidangan yang
memikat citarasa yang tersayang. Dengan pelancaran menu ‘Delightful Koli’, TCRS berhasrat untuk
menyatukan keluarga dan rakan-rakan dengan menyebarkan kegembiraan, supaya mereka dapat
berkumpul bersama menikmati hidangan yang mempesonakan.

Tersedia dalam tiga set berbeza untuk memenuhi permintaan yang pelbagai, menu masa terhad ini
menampilkan hidangan yang mencerminkan intipati masakan kaum India dengan sentuhan istimewa
TCRS. Dihasilkan dengan teliti untuk mencipta kenangan gastronomi yang tidak dapat dilupakan
sempena sambutan Deepavali, hidangan ayam istimewa ini disediakan dengan adunan rempah
untuk menghasilkan perisa menyelerakan yang berteksturkan kari pekat.

Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd meluahkan rasa terujanya
dengan menu yang baru dilancarkan ini dan berkongsi bahawa mereka berbesar hati untuk
memperkenalkan pengalaman kulinari khas yang menggabungkan tradisi masakan kaum India
dengan sentuhan unik TCRS.

“Di TCRS, kami percaya bahawa budaya makan bersama dapat mengeratkan hubungan antara
manusia dan inilah masa yang paling sesuai untuk meraikan semangat perpaduan. Pelancaran menu
istimewa ini adalah cara kami menyebarkan kegembiraan dan melahirkan rasa terima kasih kepada
pelanggan setia kami sempena sambutan musim perayaan ini,” kata Kah Yong.

Raikan Deepavali yang penuh kemeriahan dengan TCRS, dan nikmati menu ‘Delightful Koli’ yang
menjanjikan kegembiraan dan pengalaman kulinari yang tidak dapat dilupakan.

“Menu ‘Delightful Koli’ mencerminkan komitmen TCRS untuk menawarkan pengalaman pemakanan
yang pelbagai dan menarik untuk pelanggan kami. Kami berharap menu ini bukan sahaja memenuhi
cita rasa pengunjung malah mengeratkan lagi ikatan kasih bersama dan mencetuskan rasa
kesyukuran sempena sambutan yang penuh makna ini. Kami menjemput semua untuk menikmati
menu berkhasiat ini dan mencipta kenangan terindah bersama yang tersayang,” kata Kah Yong.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan Deepavali TCRS bersama keluarga dan rakan-
rakan! Kunjungilah cawangan TCRS terdekat anda untuk merasakan kelazatan yang pasti
menggiurkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai menu Delightful Koli, sila layari www.thechickenriceshop.com atau
halaman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/.

-TAMAT-

About TCRS Restaurants Sdn Bhd
TCRS Restaurants Sdn Bhd (TCRS) is a dynamic home-grown company with more than 130 The
Chicken Rice Shop outlets in operation throughout Malaysia. With all its brands Halal-certified, TCRS
also owns and operates Sepiring, an all-day dining café which serves unforgettable durian pancake
and Nyonya Nasi Ulam with Ayam Percik, among others and DubuYo, which offers the very best of
Korean cuisine in a comfortable and trendy environment.

Dikeluarkan bagi pihak The Chicken Rice Shop oleh S&L Integrated Public Relations Sdn Bhd

Curated by Affan Rosdi

.