Kambing Bakar Paling Best di Shah Alam Semestinya Saudagar Kambing Bakar

You are currently viewing Kambing Bakar Paling Best di Shah Alam Semestinya Saudagar Kambing Bakar

Korang ada yang mencari kambing bakar best best ke? Atau apa apa je asalkan bakar? Haaaa hari ni min nak share satu restoran yang ada menyediakan kambing bakar paling sedap di Shah Alam. Nama restoran tersebut adalah Saudagar Kambing Bakar.

Kedai Suadagar Kambing Bakar
Kedai Saudagar Kambing Bakar yang berada di Jalan Kebun Barat Shah Alam, Sumber: saudagarkambingbakar/ Instagram

Saudagar Kambing Bakar ini terletak di Jalan Kebun Barat, Seksyen 30, Shah Alam. Dibuka setiap hari dari jam 3.30 petang hingga 11.30 malam. Sesuai lah untuk korang yang nak minum petang atau makan malam bersama keluaarga atau kawan kawan. Borak pasal minum petang, orang Shah Alam jangan lupa untuk singgah di Khirwan’s Pizza Parlor di Bukit Jelutong. Boleh baca review min di sini https://purpledurian.my/makan/moden/khirwans-pizza-parlor-pizza-italian-bergerak-di-bukit-jelutong-shah-alam/

Apa yang bestnya Saudagar Kambing Bakar ini adalah diorang ada menyajikan set kambing bakar, set ayam bakar, set puyuh bakar pun ada tau. Sup kambing, tulang dan ayam pun tak lupa juga serta western lah macam chicken chop, burger kambing, dan banyak lagi. Ohh nasi ayam penyet pun ada, boleh kata macam macam lah ada di Saudagar Kambing Bakar ni.

Menu

1. Set Kambing Bakar (RM15.90)

Set Kambing Bakar ini paling famous lah, sebab kebanyakan yang datang sini semua nak rasa kambing bakar diorang kan. Didatangkan dengan nasi, sup dan kambing bakar.

2. Set Ayam Bakar (RM12.90)

Set ini didatangkan dengan nasi, sup dan ayam bakar.

3. Set Puyuh Bakar (RM9.90)

Set ini pula sama macam dengan yang lain iaitu didatangkan dengan nasi, sup dan puyuh bakar.

4. Set Family Hot Plate (RM59.90)

Untuk set family hot plate ini pula, sesuai untuk dimakan satu keluarga atau 5 pax. Didatangkan dengan nasi, sup dan kambing bakar untuk lima orang makan.

menu ayam
Menu ayam yang lain selain set ayam bakar
menu kambing
Menu kambing lain selain kambing bakar

Review

Itu sahaja review min kali ini. Selain dari kambing, ayam dan puyuh bakar ini, Saudagar Kambing Bakar juga ada menyediakan makanan western yang lain serta goreng goreng yang biasa. Review yang min baca dari TikTok dan Facebook semua juga memuaskan dari segi layanan, portion, rasa kambing bakar yang juicy dan harga pula memang mampu milik. Korang bukan sahaja dapat kambing bakar sahaja tetapi sekali nasi dengan sup tau. Memang kenyang. Btw kalau korang nak cuba smoked beef paling sedap di Shah Alam, kroang boleh try Karnivor Malaya. Boleh baca review min di sini https://purpledurian.my/makan/moden/karnivor-malaya-menampilkan-smoked-beef-paling-best-di-shah-alam/

Location

📍Saudagar Kambing Bakar

Lot 4036, Jalan Kebun Barat, Seksyen 30, 40460 Shah Alam, Selangor

🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/uBD2rUokdMJXKTwF7

📞Phone: 018 260 3277

📲Instagram: https://www.instagram.com/saudagarkambingbakar/?hl=en

📲Facebook: https://www.facebook.com/saudagarkambingbakarshahalam

Comments