Ahmad Lim Black Pancake – Pancake Gebu Dengan Topping Premium

You are currently viewing Ahmad Lim Black Pancake – Pancake Gebu Dengan Topping Premium

Tengah scroll TikTok dan Instagram dua tiga hari ni, banyak pula lalu dekat feed min tentang pencuci mulut area Selangor ni. Tapi ada satu kedai ni memang menarik perhatian min. Gambar – gambar yang dia post juga memang menggugat keimanan min nak diet tau. Min jumpa satu kedai yang jual pancake, jom min ikut min review sikit.

Nama kedainya adalah Ahmad Lim Black Pancake. Cuma ada berita baik dan berita tak best lah. Berita tak bestnya adalah kedai fizikal Ahmad Lim telah ditutup sepenuhnya atas faktor peribadi. Tapi berita best pula Ahmad Lim Black Pancake ada menyediakan delivery setiap hari mengikut kawasan yang ditetapkan.

Pancake yang gebu
Gebu dan tebal betul pancake Ahmad Lim Black Pancake ni. Sumber: Ahmad Lim Black Pancake/ Facebook

Diorang ada menyediakan delivery seluruh kawasan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Boleh tengok di Facebook dan Instagram diorang untuk update sebab nanti diorang akan update di profile diorang sahaja. Nanti min sertakan sekali link di bawah untuk memudahkan korang di bawah ya. Btw kalau korang teringin juga nak makan pencuci yang lain, boleh singgah di Sundaydo di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Boleh baca review min di sini ya https://purpledurian.my/food-review/sundaydo-dessert-wajib-dicuba-di-melawati/

Menu

Ini antara topping pancake yang disediakan oleh Ahmad Lim Pancake dan harga semua mengikut topping kegemaran korang.

1. Nutella + Oreo Cheese (RM55 – RM65)

Topping Nutella dan Oreo Cheese
Nutella dan Oreo Cheese

Tak cakap banyak lah siapa peminat nutella atau oreo boleh cuba yang ni, tengok lah tak kedekut langsung toping dia ya.

2. Creamilo + Ovomaltine (RM55 – RM65)

Topping Ovomaltine dan Milo
Ovomaltine dan Milo

Ini pula mix ovomaltine dengan milo. Yang hantu manis tu boleh cuba yang ni sebab min tengok pun dah ngilu gigi min ni ha.

3. Biscoff + Chocolicious (RM55 – RM65)

Topping Biscoff dan Chocolicious
Biscoff dan Chocolicious

Sudah tentu lah ada topping kegemaran ramai iaitu Lotus Biscoff! Topping ni mix dengan chocolicious yang orang kata boleh potong kaki lah

4. Chocolate Peanut + Salted Caramel (RM55 – RM65)

Topping Chocolate Peanut dna Salted Caramel
Chocolate Peanut dan Salted Caramel

Ini pula boleh ala ala rasa kopi manis gitu, salted caramel beserta kacang coklat yang crunchy

Review

Jadi itulah sedikit sebanyak review dan juga antara menu yang Ahmad Lim Black Pancake sediakan. Sebenarnya banyak lagi topping yang diorang boleh buat, contohnya Hershey’s, Cadbury, Toblerone, Nutella dan sebagainya. Menu yang min tulis kat atas tu sempena promosi diorang bulan ni. Review orang ramai tentang pancake diorang ni pula majoriti positif.

Betul harganya agak mahal dan owner dia sendiri pun mengaku yang harga pancake diorang ni premium tetapi dengan apa yang diorang hidangkan tu memang berbaloi lah. Topping yang tak kedekut, pancake gebu, besar pula tu dan bagi min memang kena lah dengan harga tu. Untuk korang yang nak order boleh singgah di Facebook atau Instagram diorang, atau nak Whatsapp terus pun boleh, min sertakan link kat bawah ya. Kalau korang juga mencari kek – kek yang gebu di Selangor ni, min recommend korang boleh ke Nobita Tokyo Cake di Shah Alam. Boleh baca review min kat sini ya https://purpledurian.my/food-review/nobita-tokyo-cake-cake-masa-depan-paling-gebu/

📍Ahmad Lim Black Pancake

📞Phone: 019 303 9815

📲Instagram: https://www.instagram.com/ahmadlimblackpancake/?hl=en

📲Facebook: https://www.facebook.com/blackpancake

📲TikTok: https://www.tiktok.com/@ahmadlimblackpancake