Sundaydo – Dessert Wajib Dicuba di Melawati!

You are currently viewing Sundaydo – Dessert Wajib Dicuba di Melawati!

Dalam dunia ni berapa ramai je tak suka dessert kan, siapa yang tak makan dessert ni ibarat dah ketinggalan satu nikmat paling best atas dunia ni hehe. Kalau cakap pasal dessert, hari-hari review kedai dessert pun min onz tau. Jadi, harini min nak review satu kedai dessert yang tengah hot sekarang ni! Haa, siapa pernah dengar Sundaydo?

Sundaydo, Taman Melawati. Sumber: Google

Sundaydo adalah sebuah kedai dessert yang berlokasi di Taman Melawati. Fakta menarik tentang kedai ni, sebelum mereka bukak kedai yang sekarang jadi HQ mereka, mereka berniaga kek di atas foodtruck je tau! Sekarang mereka dah mula menjual kek dan dessert di kedai di Jalan H3, Taman Melawati. Walaupun dah lama beroperasi, mereka mula viral di TikTok sebab menu yang mereka abru perkenalkan beberapa bulan lepas iaitu, baby pancakes! Kalau nak cari Babypancakes yang viral tu, korang boleh singgah ke food truck mereka di Foodtruck Taman Melawati.

Food truck pertama Sundaydo. Sumber: eatdrinkkl

Menu kat sini memang berfokuskan pada dessert, dari kek, pancake, dan milkshake semuanya manis-manis tau. Kalau tengah tawar hati ke apa datang sini terus ceria gais hehe. Kek kat sini pun famous juga di kalangan pencinta kek sebab katanya kek kat sini sedap setaraf dengan Secret Recipe. Wah! Harga pun boleh tahan dengan rasa dan kualiti coklat dan bahan-bahan yang digunakan tu. Min yakin kalau bab dessert yang sedap mesti korang tak kisah spend duit kan! 

Beberapa jenis dan perisa kek. Sumber: Google
Foodtruck Sundaydo di Taman Melawati. Sumber: Google

1. Baby Pancake

Inilah menu yang viral di Sundaydo tu korang! Kalau korang tengok account TikTok mereka, video baby pancakes ni cecah 2.5 juta dan sejak tu ramai yang datang cuba tau! Baby pancakes yang mini gebu tu memang sangat lembut dan sedap makan time panas-panas. Baby pancakes ni beberapa jenis flavour iaitu Oreo, Lotus Biscoff, Milo Tabur dan Fun Pack. Korang belum cuba? Rugi lah haa pergi sekarang jangan tunggu lama-lama. Ni min letak review juga untuk convince korang untuk cuba!

“I’ve tried their baby pancake. Sedap gila, dah faham kenapa semua orang gilakan mende ni! The pancakes are so fluffy.”

Baby pancake yang viral. Sumber: sundaydo.hq / instagram

2. Turtle Praline Chocolate

Selain menu yang viral tu, kat sini juga ada variasi perisa kek tau! Kek-kek kat sini memang semua sedap, min tak tipu (bab makan min mana pernah tipu hehe)!! Kalau korang nak try yang chocolatey, boleh cuba yang ni! Dengar cerita yang ni antara bestseller tau!

“Ordered nutella velvet cake and turtle praline chocolate cake and it’s super delicious. Turtle praline is probably one of the best flavours they have!!! Nice and cute packaging. Love!”

Ha takkan baca review je korang, ayuhlah kita pergi cari foodtruck Sundaydo ni sama-sama! Makan dessert yang manis-manis lepas seharian penat bekerja memang mantap la, jom!

📍Location:

No 2, Jalan H3, Taman Melawati,

53100 Kuala Lumpur, 

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Phone: 011-11416674

Website: – 

Facebook: https://www.facebook.com/Sundaydo.HQ 

Instagram: https://instagram.com/sundaydo.hq?igshid=YmMyMTA2M2Y= 

TikTok: https://www.tiktok.com/@sundaydo.hq?_t=8W1iBrtBn4D&_r=1 

Comments