Makan Tengahari dan Makan Malam Stail Johor di Sedap Malam Station

You are currently viewing Makan Tengahari dan Makan Malam Stail Johor di Sedap Malam Station

Musim hujan macam ni kalau dapat makan claypot ke, ikan bakar ke, ayam geprek pun sedap juga ya. Kan best kalau ada satu restoran yang ada semua tu sekali. Eh ada ke? Haaaa mesti lah ada! Jom min share satu restoran yang confirm buat korang tak tahu nak makan apa.

Branch Sedap Malam Station di Sri Hartamas
Branch Sedap Malam Station di Sri Hartamas. Sumber: sedapmalamstation/ Instagram

Sedap Malam Station yang menyediakan claypot asam pedas, ayam geprek, ayam gepuk, ayam kicap, kacang pool dan macam macam lagi! Dibuka setiap hari kecuali hari Ahad, dari jam 11 pagi hingga 10 malam. Kalau korang ada teringin nak nikmati mac and cheese di area Hartamas juga, min suggest korang boleh singgah ke Saltys, boleh baca review min di sini https://purpledurian.my/makan/viral/saltys-syurga-buat-penggemar-mac-and-cheese-dan-spicy/

Ikan bakar fresh di Sedap Malam Station
Ikan bakar fresh di Sedap Malam Station. Sumber: sedapmalamstation/ Instagram

Menu

1. Claypot Asam Pedas Patin (RM18)

Claypot asam pedas ikan patin
Claypot asam pedas ikan patin. Sumber: sedapmalamstation/ Instagram

Untuk peminat claypot asam pedas dengan ikan patin, ini yang sesuai untuk korang. Pedas dia sama macam claypot kat Melaka tau kalau korang pernah cuba.

2. Ayam Gepuk Gedebuk (RM12)

Ayam gepuk gedebuk
Ayam gepuk gedebuk. Sumber: sedapmalamstation/ Instagram

Haa ini pula ayam gepuk, dengan sambal dia yang pedas. Dihidangkan dengan timun dan tempe.

3. Ayam Kicap Gedebak (RM8)

Ayam kicap Gedebak
Ayam kicap Gedebak. Sumber: sedapmalamstation/ Instagram

Ayam kicap ni pula ada rasa manis dia walaupun sediki pedas, tapi pedas dia manja manja gitu je. Untuk yang tak boleh makan pedas tu boleh lah order ayam kicap gedebak ni.

4. Kacang Pool with Toast Bread (RM7.50)

Kacang pool dengan roti bakar
Kacang pool dengan roti bakar. Sumber: sedapmalamstation/ Instagram

Kacang pool ini pula dihidangkan bersama roti bakar. Kacang pool paling sedap dalam Selangor lah orang kata.

Review

Min baca keseluruhan review orang ramai tentang Sedap Malam Station ini di TikTok, di Facebook semua cakap yang memang berbaloi lah kalau korang makan kat sini. Paling best nya korang dapat free flow sup kosong dengan nasi putih tau haaa mana korang nak jumpa yang free flow nasi putih kedai lain. Selain dari Hartmas, Sedap Malam Station juga ada branch lain di Seksyen 7, Shah Alam juga tau. Mana yang berkesempatan tu boleh lah singgah makan di sini ya! Btw kalau korang juga nak cari ayam lado cili hijau, min nak recommend satu restoran nama dia Mak Pah Tomyam di Kuala Lumpur. Boleh baca review min di sini juga https://purpledurian.my/food-review/mak-pah-tomyam-ayam-lado-cili-hijau-paling-letup/

Location

📍Sedap Malam Station

Block P, Unit P-1-21, Plaza Damas, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur

🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/jn7Zwu4dX6WVwRuX9

📞Phone: 013 774 5300

Website: https://www.sedapmalam.my/

📲Instagram: https://www.instagram.com/sedapmalamstation/?hl=en

📲Facebook: https://www.facebook.com/sedapmalamstation/

Comments