Mesti ramai sudah mengetahui dan pernah rasa snek dessert Jepun, Mochi kan? Tapi mesti ramai masih tidak tahu yang snek Mochi ini ada versi tempatan atau lebih dikenali sebagai Mah Chee.
Kuih Muah Chee ini terkenal dalam kalangan bangsa Cina kerana ia merupakan snek tradisional mereka. Min selalu nampak kuih ini sering dijual di pasar malam oleh Chinese uncle/aunty jadi agak ragu ragu sedikit dengan status halalnya. Namun, dekat area Kuala Lumpur ini susah sedikit nak jumpa, tapi kalau korang singgah ke Melaka, Penang, atau Ipoh mesti banyak korang dapat jumpa.
Korang perlu cuba sekurang-kurangnya sekali dalam hidup korang
Muah Chee sejenis kuih tradisional Cina yang diperbuat daripada tepung beras pulut dan sedikit minyak bawang goreng lalu dikukus sehingga empuk. Berbeza dengan Mochi yang mempunyai inti di dalamnya, Muah Chee pula tidak mempunyai inti di dalam tetapi ianya perlu dipotong kecil kecil lalu perlu disaluti dengan kacang tanah ditumbuk halus yang dicampur dengan gula.
Nampak sedap kan kuih tradisi Muah Chee ni. Kalau korang jumpa kuih ni agak agak korang berani tak nak cuba?