Makanan Baba Nyonya dekat Brickfields?

You are currently viewing Makanan Baba Nyonya dekat Brickfields?

Seperti yang kita sedia maklum, Melaka Bandar Raya Bersejarah terkenal masakan tradisi Baba Nyonya kerana di situlah bermulanya susur galur etnik tersebut – tapi siapa sangka dekat Brickfields, Kuala Lumpur pun ada makanan Baba Nyonya tau.

Restoran Anak Baba yang terletak di Jalan Abdul Samad, Brickfields, Kuala Lumpur menawarkan pelbagai jenis menu masakan Baba Nyonya yang boleh diubah suai intinya mengikut selera pelanggan yang berkunjung. Sebagai contoh, bagi menu Nyonya Laksa – pelanggan boleh memilih untuk menikmati hidangan tersebut bersama mee, mihun, kuey tiau ataupun menggabungkannya. Best kan? Boleh adjust menu ikut selera kita!

Selain daripada menyajikan masakan Baba Nyonya, Restoran Anak Baba turut menawarkan fresh handbrew kopi, Kopi Nusantara. Hanya menggunakan biji kopi premium daripada Indonesia seperti Aceh Gayo, Bali Kintamani, Flores Bajawa & Java Ijen. Korang boleh pilih sendiri rasa kopi yang korang nak rasa serta ubah suai tahap manis & lemak bagi kopi korang as susu krimer & gula dihidang sekali bersama fresh pressed coffee anda.

Jadi for those yang teringin nak rasa makanan ala Baba Nyonya dan makanan tradisional yang lain, korang patut singgah ke sini tau! Selain dapat makan sedap, lighting and hiasan dalaman restoran ini perfect sangat buat spot OOTD.

Comments