Disini.Coffee – Citarasa Antarabangsa dengan Harga Lokal

You are currently viewing Disini.Coffee – Citarasa Antarabangsa dengan Harga Lokal

Dari berniaga di tepi jalan beralih kini mula berniaga dia tapak gerai yang berbumbung, usaha anak muda ini mula menampakkan hasil apabila kini mereka mampu untuk menyajikan pelbagai jenis hidangan, pemanis mulut dan kopi. Sedangkan dahulu, mereka hanya menawarkan beberapa jenis kopi dan makanan yang tidak memerlukan dapur.

Menyewa tapak untuk berniaga di salah sebuah kolej antarabangsa, PICOMS Taman Batu Muda ; pemilik Disini.Coffee menawarkan variasi minuman berasaskan kopi yang unik yang diolah sendiri seperti, Sea Salt Caramel Latte & Spanish Latte – rasa kopi dekat sini ala ala kopi di kafe terkenal St**b**ks & Z*s Coffee.

Sea Salt Caramel Latte & Caramel Machiato

Selain daripada menu kopi, terdapat juga minuman lain yang bukan berasaskan kopi, sesuai sangat buat pelanggan yang tidak meminati rasa kopi seperti Matcha Lemonade yang memiliki rasa yang sangat menyegarkan. Kalau dapat minum Matcha Lemonade ni time panas terik ni, perghh memang terbaik laa!

Matcha Lemonade

Jadi buat sesiapa yang teringin nak rasa kopi premium dengan harga marhaen, anda boleh singgah ke Disini.Coffee di Taman Batu Muda dalam kafeteria Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS. Anda boleh cari disini.coffee di Google Maps. Selamat mencuba 🙂

Comments