7 Online Shop Yang Menjual Snek Lejen!

You are currently viewing 7 Online Shop Yang Menjual Snek Lejen!

Mesti ingat lagi zaman-zaman childhood dulu, selalu sangat kejar untuk panggil abang roti bila dengar je bunyi loceng.

local snacks

Tapi sedih sekali, sekarang ni jarang nak dengar bunyi loceng yang selalu kita dengar lalu depan rumah zaman childhood dulu.

via GIPHY

Tapi jangan risau! Sekarang, dah ada banyak online shop yang jual semua jenis keropok dan snek yang nostalgia!

1. Childhood Malaysia

Berasal dari pembekal di seluruh Malaysia, Childhood Malaysia menawarkan snek yang kita semua biasa makan zaman kecil dulu. Mereka juga mempunyai kedai yang berlokasi di Lembah Klang.

Macam-macam ada dekat kedai ni! 

Lihat shopee Childhood Malaysia di sini.

2. Snack Family

Selain biskut, Snack Family juga ada menjual pagoda murukku dan kuaci bersama dengan snek kering seperti asam boi dan cumi-cumi. Ubi pedas mereka sangat popular!

Lihat shopee Snack Family di sini.

3. Pang Biskut

Pang Biskut bermula sebagai warung pasar malam sahaja. Namun, kini telah menjual biskut selama lebih dari 20 tahun. 

Mereka mempunyai hampir setiap snek yang kita boleh fikirkan seperti kuih bangkit hinggalah ke biskut krim lemon dan Love Letter!

Lihat shopee Pang Biskut di sini.

4. Zahra Station

Selain biskut dan wafer, Zahra Station sangat terkenal dengan pelbagai jenis asam kering. 

Mereka mempunyai asam boi merah, asam kulit limau, dan banyak lagi pilihan untuk anda pilih!

Lihat shopee Zahra Station di sini.

5. Ausgold_08

Sekiranya anda membeli apa-apa sebelum 2:00 dari ausgold_08, mereka akan terus hantar dalam hari yang sama!

Jadi, tak perlulah tunggu lama sangat untuk makanan ringan korang!

Lihat shopee ausgold_08 di sini.

6. MXL Superstore Online

Apa sahaja biskut yang korang suka, MXL Superstore Online mesti ada. 

Mereka menjualnya dalam jumlah serendah 300g hingga 1kg. Tetapi selain wafer dan biskut, kedai ini juga menawarkan barang runcit kering, seperti cecair pencuci pinggan dan tepung, sekiranya anda perlu menyimpan sekaligus.

Lihat shopee MXL Superstore Online di sini.

7. Jajan Viral

Jajan Viral bukan sahaja menawarkan snek-snek lejen tapi mereka juga menawarkan snek yang diimport seperti coklat Daim, Nutella B-Ready, dan Lotus Biscoff spread. 

Mereka juga mempunyai beberapa makanan ringan Indonesia!

Lihat shopee Jajan Viral di sini.

Comments