Hygge Sweet Cafe – Kafe buat KAKI OOTD!

  • Post author:
  • Post category:Makan / Moden
  • Reading time:2 mins read
You are currently viewing Hygge Sweet Cafe – Kafe buat KAKI OOTD!

Anda pencinta OOTD? Tak sah kalau sehari tak ambil gambar outfit anda!? Sama laa kita! Min pun suka ambil gambar OOTD— outfit of the day, bak kata orang putih. Min faham anda semua. Bila dah bersiap cantik dan kemas, mestilah sayang kalau tak ambil gambar kenangan hasil usaha untuk bersiap kan tapi takkan nak ambil gambar dekat sebarang tempat saja. Spot untuk ambil gambar OOTD pun mestilah kena nampak on point barulah kena dengan estetik outfit.

Jadi harini Min nak share dengan anda semua, satu lagi hidden gems dekat KL yang sesuai sangat semua kaki OOTD — Hygge Sweet by Eatwell. Bertempat di salah sebuah lot kedai di Sky Awani II Residence, Taman Batu Muda. Membawa konsep minimalistik serta clean bagi hiasan dalaman menjadikan kafe ini kelihatan mewah dan bersih. Pemilik kafe turut menyelitkan elemen ala garden dengan meletakkan beberapa hiasan bunga Daisy bersaiz besar, menjadikan kafe ini kelihatan comel dan unik.

Memiliki hiasan dalaman yang menarik serta pencahayaan yang bagus, maka tak hairanlah kafe Hygge Sweet by Eatwell ini sesuai sangat buat mereka yang gemar untuk mengambil gambar! Selain sesuai untuk dijadikan spot terbaik buat kaki OOTD, kafe ini juga menghidangkan variasi makanan dan minuman yang sememangnya buat anda semua terliur. Ayuh kumpul kaki FOODIES!

Comments