Aiskrim Orang Kaya Je Boleh Makan?

You are currently viewing Aiskrim Orang Kaya Je Boleh Makan?

Wall’s merupakan jenama aiskrim berasal dari United Kingdom yang amat terkenal di Malaysia.

Digemari oleh hampir seluruh rakyat Malaysia dengan harganya yang berpatutan tambah lagi kualiti aiskrim yang premium.

Macam-macam perisa dan jenis aiskrim yang boleh  didapati dari jenama aiskrim ini seperti Magnum, Cornetto, TopTen, dan banyak lagi.

walls magnum ice cream
walls cornetto ice cream
walls topten ice cream

Wall’s Malaysia sering mengeluarkan perisa tradisional seperti perisa durian.

walls durian ice cream

Wall’s Malaysia juga telah mengeluarkan produk baru iaitu Mochi Ice Cream yang mempunyai 3 perisa iaitu durian, strawberi, dan durian matcha. 

walls mochi ice cream

Mochi Ice Cream keluaran Wall’s Malaysia telah menarik perhatian rakyat Malaysia dan telah pun menjadi topic yang hangat.

Youtuber Malaysia yang terkenal, Syedot ASMR telah memuat naikkan video review tentang Mochi Ice Cream keluaran Wall’s Malaysia ini.

Lihat video:

Namun, baru-baru ini, Wall’s Malaysia telah melancarkan 4 perisa baru dari jenama pencuci mulut Paris yang berkualiti, Carte D’Or.

walls carte d'or ice cream

Menurut nama dan gambar ini, nampak macam ia tergolong dalam aiskrim-aiskrim yang mahal… 

via GIPHY

4 perisa Carte D’Or ini ialah:

  • Dark Chocolate Truffles yang diperbuat dari coklat Itali yang premium.
  • French Vanilla Crème Glace diperbuat dari vanila Madagascan.
  • Caramel Glace dengan Almond Tarte Crumbles diperbuat dengan badam Australia.
  • Glace à La Strawberry diperbuat daripada kepingan Strawberry.

Aiskrim Carte D’Or boleh didapati dengan harga RM20 untuk setiap satu.

Ia hanya boleh didapati di Jaya Grocer, Lazada, Shopee, GrabFood dan Foodpanda. 

Aiskrim Carte D’Or ini akan mula dikeluarkan pada bulan Ogos 2021 nanti.

Wah! Tak sabar nak rasa perisa-perisa baru ni!