Kafe dan Italian Bakery Muslim-Friendly Jual Pelbagai Pastry!

You are currently viewing Kafe dan Italian Bakery Muslim-Friendly Jual Pelbagai Pastry!

Mana penggemar pastries, sila beratur kat sini cepat! Harini min nak cerita pasal satu cafe yang baharu sahaja dibuka di Setapak. Cafe Checkpoint @ Setapak merupakan sebuah kafe yang menawarkan pelbagai menu western dan yang paling best, macam-macam jenis pastry yang dibuat khas oleh chef dari Itali!

Cafe Checkpoint. Sumbe: instagram

Cafe Checkpoint ni berlokasi di B.Base Setapak, Kl dan kalau nak pergi sini korang boleh waze sahaja tau terus jumpa. Kafe ni memang baru saja dibuka beberapa minggu lepas gais. Masih fresh aggiteww. Menu dekat sini juga berfokuskan pada western seperti yang popular disana, Smoked Duck Carbonara dan macam-macam pasta ada.

Smoked Duck CArbonara. Sumber: checkpoint.setapak

Apa yang menarik perhatian min adalah bakery kat sini memang dikendalikan oleh chef Itali, jadi korang boleh expect la kan pastries diorang sedap macam mana. Terlalu banyak pastry untuk korang pilih tau, gerenti akan rambang mata! Ada Treccia, Palmier, Financier, Madeleine dan banyak lagi!

Menu pastry disini. Sumber: checkpoint.setapak/instagram

Harga makanan disini pula katanya memang berpatutan, pastry paling mahal pun RM15 sahaja weh!! Korang tak akan dapat semua pastry premium dan harga affordable macam kat sini di tempat lain tau! Jadi apa tunggu lagi, jom ajak kawan-kawan cafe hunting korang serbu kafe ni pula ya! Jangan risau tau, kafe ni semestinya muslim-friendly.

Pastry. Sumber: checkpoint.setapak/instagram

Location:

B.Base Setapak, KL.

Instagram: https://instagram.com/checkpoint.setapak?igshid=YmMyMTA2M2Y=

Tiktok: https://www.tiktok.com/@checkpoint8888?_t=8XmbjAMUYdO&_r=1

Comments