Bluum.C – Kafe Jalanan Premium

  • Post author:
  • Post category:Makan / Moden
  • Reading time:2 mins read
You are currently viewing Bluum.C – Kafe Jalanan Premium

Siapa sangka kafe jalanan boleh hidangkan kopi dengan rasa setaraf kafe yang terkenal, tapi itulah impian sekumpulan anak muda ini yang berjaya membina nama dan branding – Bluum Roadside Cafe (@Bluum.RC) walaupun hanya berniaga di tepi jalan.

Menghidangkan variasi pilihan kopi dan minuman lain, Bluum.RC memastikan setiap minuman dibuat dengn hanya menggunakan bahan yang premium dan segar setiap kali pesanan diterima. Mereka hanya menggunakan biji kopi Arabika yang berkualiti tinggi serta serbuk teh hijau Matcha yang halus daripada Forest Cloud.

Selain daripada minuman, Bluum.RC turut menawarkan masakan panas Western seperti Spicy Aglio Oglio, Creamy Carbonara Creamy Thai Pasta, Smoked Beef & Cheese dan Mac & Cheese. Wah macam – macam menu ada dekat sini la. Min pun rambang mata nak pilih makan mana satu masa singgah ke sini.

Tidaklah lengkap secawan kopi tanpa pemanisnya, Bluum.RC turut menawarkan pemanis mulut, Homemade Soft Cookies. Menawarkan lebih daripada lima jenis perisa cookies seperti Red Velvet, Chocolate Fudge, Matcha dan Biscoff. Setiap perisa bagi soft cookies ini hadir dengan kuantiti yang terhad, maklumlah cookies dengan rasa premium jadi kenalah buat limited edition.

Beroperasi setiap hari di Taman Melawati daripada pukul 10 pagi sehingga 6 petang. Jadi buat sesiapa yang bekerja office hour, jangan risau ye anda boleh singgah di gerai mereka untuk ngopi selepas habis kerja. Port lepak yang comel pun mereka sediakan buat anda yang nak chill

Comments