Jenama Donat Terkenal di Malaysia

You are currently viewing Jenama Donat Terkenal di Malaysia

Dalam dunia ni, siapa je tak suka makan donat kan? Pada permulaannya, orang Malaysia hanya makan donat yang dijual oleh makcik-pakcik yang menjual di gerai tepi jalan, kebiasaannya pada waktu pagi. Donat yang mereka jual, adalah jenis donat dengan intinya yang gebu selepas itu ditabur gula manis di kelilingnya yang pasti akan membuatkan lebih berselera.

(Sumber: M. Iqbal, TRIBUNPEKANBARU.COM)

Pada zaman kini, banyak jenama donat yang ditawarkan dengan pelbagai rasa dan hiasan di atas sebiji donat itu yang amat menarik perhatian si pemakan. 

Banyak cawangan donat dari luar negara yang telah menembusi pasaran di negara kita dan nampaknya diterima oleh orang kita di sini. Nampaknya mereka sedia untuk mencuba rasa dan jenis donat yang tidak hanya ditaburkan gula di sekelilingnya. 

Antara jenama donat yang menjual donat dengan pelbagai rasa ini termasuklah Krispy Kreme, Big Apple Donuts & Coffee dan juga Dunkin’ Donuts.

Krispy Kreme

(Sumber: Kate Taylor, Insider)

Krispy Kreme menyajikan pelbagai perisa donat, namun yang paling terkenal adalah donat yang disaluti dengan krim karamel atau namanya “Original Glazed Doughnuts”. Banyak cawangan Krispy Kreme di Lembah Klang terutamanya, antaranya di Sunway Pyramid, Mid Valley, Berjaya Times Square dan banyak lagi. 

Big Apple Donuts & Coffee

(Sumber: vkeong)

Jenama ini terdapat di mana mana di Malaysia. Korang juga boleh dapatinya di mana mana hentian rawat dan rehat di Malaysia yang semakin maju dan menyediakan kiosk jenama ini. Korang boleh nikmati donat ini dalam perjalanan yang jauh!

Dunkin’ Donuts

(Sumber: Dunkin’ Malaysia)

Dunkin’ Donuts juga banyak cawangan di Malaysia. Antara yang popular dalam kalangan orang Malaysia sekarang semestinya donat yang dinamakan Mr. Happy dan Bavarian Filled. Kalau korang nak cuba makan donat daripada Dunkin’ ni, bolehlah try dua menu tu!

Selain tu jugak, air yang terdapat di Dunkin’ kian popular di kalangan rakyat Malaysia sekarang. Ramai orang beratur untuk merasai kesedapan air yang dijual melalui produk rantaian makanan donat di Malaysia ni. Antara yang terkenal mestilah ‘Iced Coffee’ dan ‘Iced Latte”. Air-air di sini dikatakan sebagai ‘hidden gem’ yang tidak semua orang tahu dan discover. 

Apa lagi jenama donat kegemaran korang? Jangan lupa share dengan Purple Durian!

Comments