Chan Mari Chan MY: Restoran Ini Menyediakan Pelbagai Jenis Makanan Cina Muslim Yang Pasti Dapat Memikat Hati Anda

  • Post author:
  • Post category:Makan / Viral
  • Reading time:5 mins read
You are currently viewing Chan Mari Chan MY: Restoran Ini Menyediakan Pelbagai Jenis Makanan Cina Muslim Yang Pasti Dapat Memikat Hati Anda

Restoran ini menyediakan pelbagai variasi makanan cina yang semestinya sedap dan halal untuk dimakan. Restoran Chan Mari Chan Muhibah Bistro merupakan sebuah port makan baru yang terletak di Melaka telah menarik pelbagai pihak untuk cuba makan di sini. Review daripada pelanggan pun memuaskan dan baik. Peminat makanan cina muslim, min cadangkan anda untuk cuba menu-menu seperti yang min nyatakan di bawah. Nak tahu dekat mana? Pastikan korang baca sampai habis.

Chan Mari Chan Muhibah Bistro
Review (Google)

Ingin mencari port makan menarik di Melaka? Sila tekan di sini.

Menu

Nasi Ayam Lauk Bertingkat

Chan Mari Chan Muhibah Bistro
Lauk Bertingkat (Faebook)

Nasi ayam lauk bertingkat ini merupakan salah satu menu yang menarik untuk dicuba. Antara hidangan yang ada untuk nasi ayam lauk bertingkat ini adalah kari ayam, udang pahlawan, mapo tauhu, daging black pepper, kentang sambal tabor dan kobis goreng cili. Anda juga boleh memilih sama ada untuk menikmati nasi ayam roasted atau nasi ayam bbq bersama lauk bertingkat tersebut.

Chicken Chop Hainan

Chan Mari Chan Muhibah Bistro
Chicken Chop Hainan (Instagram Video)

Restoran ini juga ada menyediakan hidangan western yang pasti dapat memenuhi cita rasa peminat makanan western. Min cadangkan anda untuk cuba chicken chop hainan di sini. Gabungan ayam dan sos hainan yang pekat mesti dapat menambahkan selera anda untuk menghabiskan makanan tersebut. Serius min kata, padu teruk.

Pulut Hitam Aiskrim Kelapa

Chan Mari Chan Muhibah Bistro
Pulut Hitam Aiskrim Kelapa (Google Review)

Kalau anda teringin untuk makan pencuci mulut, min cadangkan anda untuk order pulut hitam aiskrim kelapa. Rasa gabungan bubur pulut hitam bersama aiskrim kelapa dapat melengkapkan hari anda. Rasa manis-manis pulut hitam dan aiskrim kelapa itu teramatlah sedap terutamanya bila ia cair di dalam mulut.

Secara keseluruhannya, min memang cadangkan anda untuk cuba makan di Chan Mari Chan Muhibah Bistro ini. Jangan risau, restoran ini memiliki sijil Halal. Jadi tunggu apa lagi? Jomlah cuba!

Ingin mengetahui tempat makanan cina muslim? Sila tekan di sini.

Lokasi

📍Lot 224, Jalan Tun Mutahir, Kampung Morten, 75300 Melaka

🗺️ Google Maps: https://maps.app.goo.gl/XER4gm2AurYkmEVf8

Waktu Operasi: 11am – 11pm

📲Instagram: https://instagram.com/chanmarichanmy?igshid=MzRlODBiNWFlZA==

📲Facebook: https://www.facebook.com/ChanMariChanMy

“Article curated by Areisya Putri”