Hi selamat tengahari semua! Harini min nak sembang pasal satu restoran yang agak hot sekarang tau. The 3 Dukes iaitu restoran yang menawarkan pelbagai menu menarik dengan suasana kedai yang eksklusif! Kalau korang dah bosan lepak dengan kawan-kawan kat kedai biasa biasa je, jom baca review min pasal restoran luar biasa ni!
The 3 Dukes berlokasi di Publika, Solaris Dutamas KL dan mereka beroperasi setiap hari keculi Isnin dari 4 petang sehingga 12 malam. Diusahakan oleh 2 orang anak melayu, restoran ini konfem konfem lah halal, so jangan risau ok! Menu menu kat sini pun sangat elegant dan mewah, segala macam menu Asian dan European ada yang penting harga reasonable dan sedap! Restoran ini juga ideal untuk sesiapa yang nak buat birthday surprise kat sini tau, korang just perlu contact mereka untuk booking!
Menu wajib order:
1. OP Ribs Steak Rm45/100g
Bestsellerdan menu paling hot dekat sini! Sedap, steak dihidang bersama mashed potto yang creamy dan lemak manis, sauteed mushroom dan salad. Rugi kalau datang sini tak try menu ni gais, siap dapat tengok diorang bakar depan depan lagi. Fuh.
2. Duck Confit Carbonara Pasta Rm32
Antara favourite orang ramai juga ni, selalu sangat dah makan carbonara pasta biasa kan. Jom try Duck Confit carbonara pula. Confirm korang akan datang lagi untuk pasta ni!
3. Steamed Sangkaya Rm20
Ni menu yang paling min sukaaa sangat! Boleh je nak makan as appetiser atau dessert hehe.
Satu lagi point menarik kat sini, siapa yang minat shisha korang confirm akan suka tempat ni tau! Min approved semua menu dan suasana kedai yang sangat sangat happening. Nanti gaji min nak bawa family pulak datang sini, benda benda best wajib share kan hihi. Overall min bagi 9/10 untuk makanan dan 10/10 untuk servis dan ambience kedai!
Location:
A2-G1-5 PUBLIKA, 1, Jln Solaris Dutamas,
Solaris Dutamas,
50480 Kuala Lumpur
Phone: 018-9180500
Facebook: https://www.facebook.com/The3Dukes/
TikTok:https://www.tiktok.com/@the3dukes?_t=8XOi50aqhpR&_r=1
Instagram:https://instagram.com/the3dukesrestaurant?igshid=YmMyMTA2M2Y=