Salon Du Pain Ver 2.0, Pesta Roti Berlangsung di ISetan KLCC!

  • Post author:
  • Post category:Makan / Viral
  • Reading time:2 mins read
You are currently viewing Salon Du Pain Ver 2.0, Pesta Roti Berlangsung di ISetan KLCC!

Bagi seorang pencinta roti, tidak ada kegembiraan yang lebih besar daripada beli dan makan roti, kan? Menjelang hujung tahun dan cuti sekolah ni, memamng banyak pesta yang menarik untuk kita masukkan dalam jadual kita untuk sertai tapi pesta roti? Ini yang pertama Min dengar! Diinspirasikan oleh ISEPAN, festival roti tahunan yang diadakan di Isetan Shinjuku, pesta roti yang dinamakan Salon du Pain diadakan buat kedua kalinya di Isetan KLCC CF Foodmarket.

Siapa nak ikut Min explore pesta ni? Berlangsung dari 11 hingga 30 November 2022, pesta kedua ini dikatakan akan lebih besar dan meriah dari yang pertama pada bulan Mac lalu. Di sini, anda akan temui pelbagai jenis kek artisan, pastri dan roti masam daripada bukan satu, tetapi lebih sepuluh kedai roti yang terkenal di bandar ini.

Salon Du Pain Ver 2.0. Sumber: Google

Oh! Informasi tambahan buat semua, Salon Du Pain ver 2.0 akan diadakan dengan bahagian satu dan bahagian dua. Bahagian pertama adalah dari 11 November hingga 20 November dengan 9 jenama : Kenny Hills Bakers, Lachér Patisserie, Bray Bakery, Wild Yeast Bakery, Engi Patisserie, Java Coffee, Sun Moulin, Enchanté Patisserie dan Universal Bakehouse.

Antara kedai roti dan pastri yang ada di Salon Du Pain. Sumber: isetankl.com
Sumber: isetankl.com

Bahagian Kedua adalah dari 22 November hingga 30 November dengan 10 jenama : Kenny Hills Bakers, Enchanté Patisserie, Lachér Patisserie, Sun Moulin, Le Petit Paris, Park’s Bagel, Barcook Bakery, Kona Bakehouse, Michelle Young dan The Baking Trip. Korang dah boleh plan nak pergi bila tau, Min dah siap siap nak pergi dua bahagian pesta ni hehe.

Salon Du Pain Ver 2.0

11 – 30 November 2022, masuk percuma!

Location:

Isetan Foodmarket,

Suria KLCC, 201A-C, Jln Ampang,

Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur,

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Comments