Pop’s Eatery, Hidden Gem di Bangsar!

You are currently viewing Pop’s Eatery, Hidden Gem di Bangsar!

Hi korang! Harini min nak bocor rahsia satu tempat makanan sedap yang agak tersorok dekat area Bangsar. Pop’s Eatery adalah sebuah restoran yang menyajikan pelbagai jenis menu pasta dan makanan western lain yang sedap-sedap tau.

Pop’s Eatery, Bangsar.

Berlokasi di bangunan Syed Kechik Foundation, Bangsar dan restoran ni agak susah nak cari kalau korang first time nak datang. Korang cai je bangunan tu pastu akan nampak signboard kecil Pop’s Eatery, restoran ni bahagian bawah parking lot tu tau. Mereka beroperasi setiap hari pda 9 pagi sehingga 9 malam tau, dan tutup pada hari Ahad. Ada lagi satu outlet di Wangsa Maju untuk korang singgah.

Berlokasi di bangunan Syed Kechik Foundation.

Menu dekat sini memang pebagai dari pasta, burgers, desserts, milkshake dan macam-macam lagi. Range harga pula bermula dari Rm10-Rm40, memang agak pricey tapi untuk kualiti makanan yang sangat sedap ni. Min confirm korang tak akan mampu complaint bila dah rasa makanan kat sini tau.

Menu.

1. Spicy Cream Cheese Pasta w/ Grilled Herb Chicken RM22.50

Menu ni antara bestseller mereka tau, staff dekat situ pun recommend dekat min. Memang confirm sedap gais, sos pasta dia memang pekat lemak berkrim dan portion dia besar gila!! Tak tipu, min tak mampu habiskan dan min share dengan kawan min je. Grilled herb chicken slice tu pun banyak, memang berbaloi dengan harga dia!

2. Homestyled Grilled Chicken Chop RM21.50

Min juga order yang ni, dan masih lagi terkejut dengan size chicken chop dia yang besar dan siap dapat 2 ketul! Puas hati makan, perut pun hampir pecah. Sos blackpepper dia sedap dan cukup rasa, kena pula dengan ayam yang pehuh perasa perapan dan digrill sempurna tu, pergh! Terliur pula.

3. Golden Salted Egg Yolk Chicken RM18.90

Siapa yang tak gemar western and tekak still minat nasi, boleh order menu ni! Sos salted egg dia memang cukup rasa dan pekat. Boleh cuba order ni tau!

Min memang suka makan kat sini sebab bagi min makanan dia semua dimasak style home cook tau, so memang sedap and dah jadi comfort food min! Kalau korang berpeluang makan dekat sini, order yang macam min recommend tu tau! Sedap dan puas hati!

📍Location:

Syed Kechik Foundation,

Jalan Kapas, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur,

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Phone: 03-22012000

Facebook: https://www.facebook.com/popseatery/

Instagram:https://www.instagram.com/popseatery/?hl=en

Comments