Rasanya korang mesti dah tahu lah kan satu kedai sarapan yang popular lagi-lagi kalau korang stay kat Kajang, Bangi or Putrajaya. Kat mana lagi kalau bukan Warung Bunian. Maybe ada yang familiar dengan nama ni tapi ada juga yang familiar dengan nama “Warung Tapak Sulaiman”. Semalam struggle jugaklah kami nak mencari kedai ni rupanya kena masuk ke dalam sikit.
Parkingnya pun agak susah lah dengan jalan yang kecik dan agak curam tapi takpe demi makanan, kami redah je. Kami tiba dalam pukul 9 pagi dan terdapat ramai orang masih beratur untuk order makanan. Hari bekerja pun ramai orang tau betapa femesnya Warung Bunian ni!
Tapi korang jangan risau, tempat duduk untuk ada je walaupun ramai sebab pelanggan akan keluar masuk dengan cepat kalau pergi ke sini.
Memang tak sangka betul yang sebuah tempat pedalaman macamni ada sebuah warung yang terkenal dan ramai orang berkunjung ya! Terceruk pun masih femes di kalangan rakyat kita ni!
Menu-menu kat sini menarik jugak walaupun ada dua je dan kedua-duanya sangat femes tau sebabtulah orang beratur untuk makan di sini!
Kat sini ada menu utama mereka yang terkenal iaitu Nasi Lemak Telur Bungkus dan Roti Jiwa Kacau. Kedua-duanya sangat sedap tau so dah alang-alang susah nak sampai sini tu jangan lupa order dua-dua sekali!
Nampak menarik kan. Nasi lemak tu korang boleh order dengan lauk lain tapi masa kami sampai ke warung ni hanya tinggal lauk sambal tumis je so maknanya nanti kena repeat lah untuk sambal lain! Kalau korang tak minat sambal yang cair dan manis maybe tempat ni bukan untuk korang tapi tak salah mencuba kan? Untuk Roti Jiwa Kacau tu pulak dia sebenarnya roti canai yang diletakkan inti dan nampak seperti murtabak dan dihidangkan bersama kuah kari untuk dicicah. Sedap sangat!
So korang tunggu apa lagi? Jom serbu makan dekat sini pulak. Warung ni dibukan pada waktu sarapan je tau iaitu bermula dari 7 pagi hinggan 11 pagi so korang boleh plan elok-elok kalau korang nak singgah sini!
Lokasi📍
Warung Bunian,
Jalan Jamaludin, Kampung Sungai Merab, 43000 Kajang, Selangor
⏰Waktu Operasi: 7.30AM-11AM