Order 5 Jenis Makanan Dalam Satu Tempat Je!

You are currently viewing Order 5 Jenis Makanan Dalam Satu Tempat Je!

Kalau korang orang Bangi atau Klang Valley mesti korang tahu tempat ni kat mana kan? Lagi-lagi kalau korang memang layan Tiktok hari-hari. Kalau boleh sehari tu 2-3 kali lah orang pergi tempat ni untuk buat review makan-makan kat sini sebab yelah banyak betul pilihan yang boleh dipilih dekat tempat ni.

Dah tahu ke apa nama tempat ni? Kalau belum meh kami bagitahu, nama tempat ni semestinya di Bangi Avenue Convention Center yang terletak di Bangi Avenue ni. Besar tau tempat dia and korang masuk je BACC ni korang boleh ready nak tangkap gambar korang yang cantik dan hensem tu!

OOTD spot yang free untuk korang!

Kat sini kalau korang nak tahu, konsep dia adalah seperti sebuah tempat yang kita boleh order dari mana-mana kedai dekat situ. Korang duduk lah dekat mana-mana restoran yang korang nak tapi kalau nak makan makanan yang dekat restoran sebelah, pelayan kat situ akan serve makanan korang dekat tempat yang korang pilih dan duduk tu. Smart kan cara tempat ni? Sangat effective lah untuk kita yang nak merasa dua atau lebih jenis makanan tapi nak duduk satu tempat je. Korang nak tahu apa 5 restoran tu? Jom scroll bawah.

Ha lepastu korang pilih lah korang nak makan apa. Nanti dekat setiap meja akan disediakan QR code untuk korang scan dan order makanan yang ada kat situ. Menarik gila kan konsep ni. Sangat-sangat memudahkan orang. Lepas dah settle makan semua makanan yang korang order tu korang boleh lah pulak pergi ke restoran paling kiri untuk makan aiskrim! 

Masa kami pergi ke situ, adalah kami try beberapa makanan yang kami craving. Nasib baik ada macam-macam jenis, makanan yang kami craving pulak berlainan so bolehlah order dari dua restoran yang berlainan jenis! 

Mentaimayo Moriawase
Fried Gyoza
Ni pulak Grilled Chicken Tacos
Korang tengoklah isi dia penuh betul!

View dekat restoran ni pun memang cantik tau. Setiap restoran ada konsep yang tersendiri untuk pelanggan tahu makanan apa yang disediakan dekat restoran tu. Memang menarik. 

So, kalau korang free bolehlah tau pergi ke Bangi Avenue Convention Center untuk try sendiri semua makanan. Make sure bawak teman tau so boleh kongsi semua makanan sama-sama nanti! 

📍Bangi Avenue Convention Center (BACC)

No. 21 & 22, Pusat Perniagaan Bangi Avenue 

Persiaran Bangi Avenue, Seksyen 2, 

Taman, Bangi Avenue, 

43000 Kajang, Selangor

Google Maps: Bangi Avenue Convention Center (BACC)

Comments