Makan Steamboat dengan Harga RM30?! | Restoran D’City & Steamboat

You are currently viewing Makan Steamboat dengan Harga RM30?! | Restoran D’City & Steamboat

Teringin nak makan steamboat dengan harga yang murah dengan pilihan yang banyak? Korang boleh singgah sebuah restoran yang terletak di Jalan Klang Lama ni. Kat sini bukan ada steamboat je tau korang, makanan lain seperti masakan western dan nasi campur pun ada kat sini tau!

Mungkin susah sikit korang nak jumpa kat mana lah signboard restoran ni kan, so kat sini korang boleh tengok siap-siap, nanti senang korang nak cari parking yang berdekatan! Dekat sini, ada pelbagai jenis tau makanan untuk steamboat dan grill. Antaranya ayam yang terdiri daripada 4 jenis perapan yang sedap, 3 jenis perapan untuk daging, sotong, udang dan banyak lagi makanan laut dan ‘frozen food’ yang korang boleh pilih!

Makanan ‘ready-made’ pun ada tau kat sini antaranya nasi goreng dan spaghetti. Rojak pun ada disediakan di sini bersama kuah rojak yang pedas dan manis. Pencuci mulut seperti bubur cha cha, pelbagai jenis agar-agar dan aiskrim pun ada kat Restoran D’city & Steamboat ni! Kalau korang nak manisan lain yang sihat, buah-buahan seperti jambu, oren, epal dan tembikai juga disediakan!

Kat sini owner Restoran D’city & Steamboat ada sediakan senarai makanan untuk steamboat dan grill untuk korang tengok sebelum singgah di restoran ni. Menarik kan? Kami dari Purple Durian pun dah pergi sendiri mencuba steamboat dan grill di restoran ni. Memang tak rugi kalau korang spend duit untuk makanan kat sini lagi-lagi kalau perut korang betul-betul tengah lapar! 

Nampak sedap kan? Ni pulak apa yang team Purple Durian makan masa kami pergi ke restoran tu. 

Lupa pula nak mention pasal sos yang mereka sediakan kat sini, ada tiga sos tau and semua dijamin sedap! Sesuai sangat kalau nak makan dengan daging dan ayam yang diperap tu. Korang boleh tengok sendiri betapa menyelerakannya sos-sos yang mereka hidang di sini. 

Kalau korang nak pergi makan kat sini, korang boleh buat tempahan melalui laman Facebook mereka iaitu Restoran D’city & Steamboat. Kalau dah try jangan lupa tinggalkan komen kat page kami tau! Selamat mencuba semua! 😊😋 Korang boleh tengok video kami makan kat situ di laman Tiktok dan Instagram kami juga!

Link Facebook Restoran D’city & Steamboat:

https://web.facebook.com/Restoran-Dcity-Steamboat-890105711145007/

Alamat:

89, Jalan Mega Mendung, Taman United, 58200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Comments

Leave a Reply