Worth the hype ke Bazar Stadium Shah Alam ni?

You are currently viewing Worth the hype ke Bazar Stadium Shah Alam ni?

Untuk tahun ini, ramai peniaga sudah kembali dibenarkan berniaga di lokasi-lokasi bazar terpilih. Setelah tibanya bulan mulia iaitu bulan Ramadan ni, pastinya aktiviti kesukaan rakyat kita adalah pergi ke bazar untuk membeli aneka makanan dan mencuci mata melihat pelbagai jenis makanan yang tersedia di sesebuah bazar itu.

Lokasi bazar yang sangat terkenal dalam kalangan orang Klang Valley yang terletak di Stadium Shah Alam ni teramatlah menjadi tarikan untuk pengunjung singgah untuk membeli makanan berbuka puasa. Parking pun senang tau nak dapat and RM2 sahaja sekali masuk dan dekat dengan entrance bazar ni!

Pelbagai variasi makanan yang korang boleh dapatkan kat bazar ni tau. Dari kuih-muih yang berwarna-warni dan pelbagai perisa sehinggalah ke makanan berat seperti nasi briyani! Harga pun dalam Rm1-RM25! Bolehlah kita makan sedap-sedap untuk berbuka nanti!

Antara makanan dan minuman yang dicadangkan untuk didapatkan kat bazar ni antaranya: 

Siapa tak tertarik tengok air balang ni kan?

Cendol dengan bahan bahan yang pasti menarik selera korang untuk minum waktu berbuka!

Murtabak ni macam sedap je, ramai pulak tu yang beratur nak beli!

Kalau korang terasa nak try rojak style Singapore ni, korang bolehlah singgah bazar ni!

Tak payah tunggu 5 hari sebelum raya untuk makan lemang dah. Korang boleh je pergi ke bazar ni untuk beli lemang dan rendang tok kat sini.

Korang terliur tak tengok sotong ni?

Banyaknya aneka kuih-muih yang boleh kita pilih!

Shawarma ni antara yang rare kat bazar ni. 

Benda paling wajib kalau pergi bazar ramadan mestilah tepung pelita!

Banyak jugak makanan yang menarik kat bazar Stadium Shah Alam di Seksyen 13, Shah Alam ni kan? Apa-apa pun jangan ikutkan nafsu sangat, berpada-pada dalam berbelanja untuk elakkan pembaziran. 

Korang rasa apa lagi makanan wajib yang kita kena dapatkan kat bazar ramadan? Korang boleh tengok video yang Purple Durian post di laman Tiktok dan IG Purple Durian untuk tengok lagi makanan yang ada di bazar ni tau! Jangan lupa komen!

Leave a Reply