Layan Breakfast Kayangan dengan Harga Warung

You are currently viewing Layan Breakfast Kayangan dengan Harga Warung

Sekali sekala mesti kita teringin nak makan sarapan ala omputih kan? Yelah hari-hari makan nasi lemak bihun goreng or roti mahu naik jemu juga kan, tapi itulah bajet yang ada. Kalau nak makan sarapan pagi style omputih ni makan kos sikit bila check harga dekat kebanyakkan kafe. Risau hari lain kena ikat perut pulak

Chop! Ehh siapa cakap kalau nak makan English Breakfast kena sampai ikat perut, dekat BreakfasT.Co di Taman Melawati ni korang boleh nikmati variasi

English Breakfast serendah RM 6 je! Poket selamat, perut pun kenyang.

Ingin membawa kelainan, usaha sekumpulan anak muda ini hadir dengan idea untuk mengetengahkan hidangan sarapan Barat tetapi dengan konsep street food styles. Memang terbaiklah! Jadi lepasni, semua orang dapatlah merasa makan sarapan ala orang putih tanpa perlu risau poket kering.

Menurut pemilik warung yang menjadi kegemaran orang ramai terutamanya penduduk setempat adalah Big Supreme Breakfast dan Egg Bacon Muffin. Dah kalau best sellers, confirm padu rasa dia. Jadi Min sendiri buat keputusan nak cuba sendiri kedua-dua menu.

Big Supreme Breakfast (RM 17)

Big Supreme Breakfast ni memang padu. Scramble eggs penuh dengan inti dan rasa so creamy, tambah pulak dengan Secret Suace pergh memang ada kick then combine pulak makan dengan toast yang rangup. Bagi Min, menu ni sangat berbaloi sebab portion dia besar plus ada few side dishes sekali so worth it! Scramble eggs tu makan dengan toast tu memang boleh cepat kenyang la.

Egg Bacon Muffin ( RM 9 )

This one favourite Min. Min siap tapau lagi tau hehe. Roti muffin homemade yang gebu dan sangat lembut, makan pulak dengan crispy bacon dan sunny side egg perghh memang terangkat laa! Min hairan macam mana laa dieorang boleh buat simple breakfast macam ni rasa premium.

Lokasi

BreakfasT.Co

Foodtruck Taman Melawati, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur