Jom rasa Sea Salt Sofuto edisi terhad Family Mart x Doraemon!

  • Post author:
  • Post category:Makan / Moden / Viral
  • Reading time:2 mins read
You are currently viewing Jom rasa Sea Salt Sofuto edisi terhad Family Mart x Doraemon!

Mana peminat-peminat Doraemon?! Korang tahu tak Family Mart baru je launch menu dessert dan snack baru! Ada macam-macam menu yang korang boleh try macam Mediterranean Sea Salt Sofuto, Dorayaki, Tiramisu Roll Cake, Kani Tuna Mayo Wrap dan macam-macam lagi tau!

Sumber: Family Mart

Lepas Family Mart announce edisi Doraemon ni, Min terus singgah ke Family Mart untuk rasa sofuto ni tau! Nasib baik outlet Family Mart yang terdekat dengan Min masih ada stok, dengar cerita ramai yang belum berpeluang rasa sofuto ni sebab stok yang limited kan. Warna Sofuto serba biru macam Doraemon ni memang sangat comel didatangkan pula dengan pembungkus kon Doraemon. 

Sea Salt Sofuto dari Family Mart.

Bagi Min, rasa sofuto ni antara perisa yang paling sedap Family Mart dah keluarkan tau. Rasa lemak manis Vanilla tu disempurnakan pula dengan sedikit rasa masin Mediterranean Sea Salt, memang sedap! Dengan harga RM3.90 setiap kon, Min rasa memang berbaloi sangatlah sebab rasanya pun dah setaraf aiskrim mahal. Sea Salt Sofuto ni datang dalam bentuk kon, cup dan juga ada dalam Pint size tau kalau rasa tak cukup satu kon, hehe. Next time wajib singgah Family Mart lagi sebab nak try Sea Salt Sofuto Milkshake dan Dorayaki pula.

Sofuto Milkshake. Sumber: Family Mart

Siapa belum try wajib lari bawa adik beradik atau kawan baik korang pergi rasa sendiri kelazatan Sea Salt Sofuto ni! Menu istimewa Family Mart x Doraemon ni terhad daripada 20 Julai sehingga 6 September 2022 sahaja. Rugi lah kalau terlepas, kan? 

Comments