Kopi Kenangan, Kafe Dari Indonesia Telah Mendarat Di Malaysia

You are currently viewing Kopi Kenangan, Kafe Dari Indonesia Telah Mendarat Di Malaysia

Minuman serba kopi ini telah berkembang pesat seperti cendawan tumbuh ketika hujan. Sana sini kita boleh nampak kedai kopi contohnya dalam mall, tepi jalan, pasar malam dan sebagainya. Haa min dengar ada kopi yang terkenal dari Indonesia dah launch kat Malaysia ni. Kopi Kenangan yang baru sahaja membuka tirai untuk cawangan pertamanya di Suria KLCC.

Cawangan Kopi Kenangan di Indonesia
Salah satu cawangan Kopi Kenangan di Indonesia. Sumber: Kopi Kenangan/Facebook
Media launch Kopi Kenangan di Kuala Lumpur
Media Launch Kopi Kenangan Di KLCC. Sumber: Facebook

Cawangan

Cawangan pertama mereka terletak di Standard Chartered Tower, Kuningan District di Indonesia. Mereka telah berjaya membuka sebanyak 850 cawangan di seluruh 64 bandar di Indonesia kurang dari 5 tahun. Malaysia telah menjadi negara pertama mereka yang dibuka luar Indonesia dengan menggunakan nama Kenangan Coffee.

Mereka juga akan membuka empat lagi cawangan iaitu di MyTown Cheras, Pavilion Kuala Lumpur, NU Sentral Kuala Lumpur dan Sunway Pyramid, Petaling Jaya pada hujung tahun ni. Mereka juga telah menubuhkan satu akademi latihan dibawah Kopi Kenangan di Uptown Petaling Jaya untuk menyediakna latihan kepada barista dan pekerja Kopi Kenangan sendiri.

Pelbagai jenis kopi yang disediakan di Kopi Kenangan
Variasi jenis kopi untuk dinikmati di Kopi Kenangan. Sumber:kopikenangan.id/Instagram

Menu

Kopi Kenangan akan memperkenalkan signature drinks mereka iaitu Kenangan Latte Coffee dan Avocado Coffee dan harga bagi hidangan kopi mereka bermula dari RM5.90. Selain dari minuman kopi, mereka juga telah mengembangkan menu mereka antaranya adalah Cerita Roti (roti), Kenangan Manis (biskut), Chigo (ayam goreng) dan Kopi Kenangan Hanya Untukmu (kopi sedia diminum).

Kenangan Latte Coffee
Signature drink dari Kopi Kenangan, Kenangan Latte Coffee.
Avocado Coffee
Juga Signature Drink dari Kopi Kenangan, Avocado Coffee.

Aplikasi

Kopi Kenangan juga mempunyai aplikasi tersendiri iaitu Kenangan App. Pelanggan Kopi Kenangan boleh mengumpul points atau Kenangan Points melalui pembelian dalam aplikasi atau dengan cara mengimbas kod QR di kaunter pembayaran untuk menikmati tawaran eksklusif sebagai ahli seperti baucer percuma, minuman sempena hari lahir, akses utama kepada produk baharu dan banyak lagi.

Screenshot Kenangan Coffe Apps
Aplikasi Kenangan Coffee yang sangat mudah diakses di hujung jari.

📍 Location

Kenangan Coffee,

Petronas Twin Tower,

Lot C70, No. 241,

Kuala LumpuR City Centre,

50088 Kuala Lumpur,

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Phone: +62 817 9140 007

Instagram: https://instagram.com/kopikenangan.id?igshid=ZjA0NjI3M2I=

Facebook: https://www.facebook.com/kopikenangan.id/

TikTok: https://www.tiktok.com/@kopikenangan.id?_t=8Wcv1w1h4eA&_r=1

Website: https://kopikenangan.com/?mibextid=5souq8