Rasa Authentic Thai – Miss Siam Jadi Pilihan Ramai

You are currently viewing Rasa Authentic Thai – Miss Siam Jadi Pilihan Ramai

Min nak bagitahu siapa peminat makanan Thai dekat sini korang wajib baca artikel ni sampai habis sebab min nak kenalkan dekat korang satu restoran yang menyajikan makanan authentic Thai. Restoran nya adalah Miss Siam. Miss Siam adalah restoran yang terletak di negeri Johor. Terdapat 2 cawangan Miss Siam di Johor seperti di Seri Alam dan Eco Botanic.

Korang nak tahu Miss Siam ni mengeluarkan hidangan yang betul-betul memiliki rasa keaslian dari Thailand dan bahan-bahannya juga di import dari Thailand sendiri. Kalau korang datang ke restoran Miss Siam sendiri korang akan rasa sangat selesa dengan tempat tersebut sebab bersih dan sangat cantik.

interior design miss siam
Source: Chikako Nishimura

Apa yang bestnya korang tak payah pergi jauh-jauh ke Thailand hanya untuk rasa makanan Thai yang asli sebab dengan adanya restoran Miss Siam semua makanannya adalah pure dari Thailand. Ramai orang dah makan di sini dan mereka cakap makanan dekat sini best sangat lebih-lebih lagi rasa Tomyam Seafood. Kalau korang tak percaya korang boleh tengok review dekat sini.

Selain itu, pelbagai menu yang disediakan yang korang boleh pilih sama ada korang nak pilih makanan set atau berasingan. Tapi apa yang min suka dengan restoran ni harganya sangat berpatutan tau korang. Jom kita tengok menu hidangan yang selalu jadi pilihan ramai orang. Sebelum tu kalau korang nak tahu restoran mana lagi ada masakan authentic Thailand boleh tengok dekat sini.
https://purpledurian.my/food-review/rasa-tomyam-yang-kaw-di-thai-luck/

Menu

1. Tomyam Seafood (RM16.90)

tomyam-seafood
Source: Miss Siam Facebook

Kalau cakap mengenai makanan Thai ni tak sah kalau tiada tomyam betul tak. Haa.. ni min bagitau makanan yang paling digemari oleh pelanggan di Miss Siam iaitu Tomyam Seafood. Rasa kuah yang pekat dicampur dengan pelbagai makanan laut seperti udang dan sotong makan pula dengan nasi panas memang sedap. Fuh terangkat weh!

2. Noodle Tomyam Chicken (RM11.90)

noodle-tomyam-chicken
Source: Miss Siam Facebook

Tak lupa juga antara menu tomyam yang dicari-cari di Miss Siam. Kalau korang rasa tak selera nak makan nasi boleh cuba Noodle Tomyam Chicken ni memang padu tau. Rasa noodle yang kenyal-kenyal dan kuah tomyam pekat. Sedapnya korang! Harga pun murah dan berpatutan.

3. Pad Thai (RM10.90)

Rugi la datang Miss Siam tak rasa Pad Thai. Kalau korang nak tahu menu Pad Thai ada dalam bentuk set tau. Dimana dengan harga RM14.30 korang boleh dapat Pad Thai dan satu minuman seperti Thai Milk Tea Ice/Thai Green Tea Ice/Thai Coffee Ice. Murah dan berbaloi betul.

4. Mango Sticky Rice (RM13.90)

mango-sticky-rice
Source: Miss Siam Facebook

Kalau dah makan makanan berat mesti la nak rasa dessert pula kan. Haa Mango Sticky Rice ni pilihan yang tepat untuk korang. Kalau korang pernah pergi Thailand ini adalah menu dessert paling popular dekat sana tau.

Miss Siam cawangan Seri Alam dan juga Eco Botanic di Johor akan buka setiap hari pada jam 11.30 pagi hingga 10 malam. Jadi korang boleh lah ramai-ramai pergi serbu Miss Siam untuk rasa pelbagai menu lagi. Serius min cakap harga memang berpatutan kalau korang member Club Cari Makan lebih baik sebab korang akan dapat harga diskaun semasa makan di Miss Siam. Apa tunggu lagi korang pergi gerak Johor sekarang!

Location
📍Miss Siam

Cawangan Seri Alam: No.55, Jalan Suria 1/1, Bandar Baru Seri Alam, 81750 Masai, Johor
🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/pt935ro78GzVbf6d6

Cawangan Eco Botanic: B0108, Blok B, Eko Galleria Jalan Eko Botani 3, Taman Eko Botani Iskandar Puteri, 79100 Johor Bahru, Johor
🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/GupjMncCGdfuUS5LA

📲Instagram: https://www.instagram.com/misssiamthaifood/?hl=en
📲Facebook: https://www.facebook.com/MissSiamThaiFood/
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@misssiamthaifood