Korang ada craving nak makan kek dengan harga murah tak? Min ada nak share satu bakery yang dah banyak cawangan dibuka seluruh kawasan Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan pun ada tau. Nama dia Komugi Bakery. Nak tahu apa yang bestnya di Komugi Bakery ni? Okay sebelum tu min share details dulu ya.
Cawangan
Komugi Bakery dah ada banyak cawangan, contohnya di Kuala Lumpur mereka bertapak di Pavilion KL dan Mid Valley Megamall. Di Selangor pula cawangan mereka dibuka di Main Place, Sunway Pyramid, 1 Utama, Paradigm PJ, AEON Shah Alam, SS2, Wisma Conlay dan Bandar Mahkota Cheras. Untuk satu-satunya di Negeri Sembilan pula, Komugi Bakery terletak di AEON Nilai. Operation hour diorang semua dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam kecuali di cawangan SS2, Wisma Conlay dan Bandar Mahkota Cheras yang dibuka dari 8 pagi hingga 10 malam.
Menu
Banyak sebenarnya kek yang diorang sediakan di Komugi ni tapi min share yang mana top selling dan affordable ya!
1. Hungarian Walnut Slice (RM10.50)
Kek yang mempunyai lapisan span mocha yang lembut dan krim ringan dengan kacang walnut parut. Di atasnya pula terdapat krim kopi yang manis dan cukup rasa.
2. Ondeh Ondeh Delight Slice (RM12.50)
Kek ini pula bagi peminat kuih ondeh ondeh. Kek span gula melaka yang disapu dengan lapisan tebal krim putar pandan yang asli.
3. Garlic Cheesy Chikin (RM4.50)
Roti lembut dengan keju mozzarella, di atasnya dibalut dengan mayonis dan hirisan ayam.
4. Sakusaku Tauruto (RM4.00)
Sakusaku Taruto ini adalah tart Jepun yang sangat simple dan rangup, diisi dengan kastard telur yang lembut dan manis.
Review
Bagi min diorang punya harga memang sangat murah dan affordable untuk semua jenis kek dan hidangan yang mereka tawarkan. Harga bermula dari RM3.80 dan satu whole kek dengan harga RM80. Min tengok review di TikTok pun semua kata kek diorang lembut and tak terlalu manis. Yang rangup memang betul betul rangup dan krim on top pun tak cepat muak.
Facebook: https://www.facebook.com/KomugiMalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/komugi_my/?hl=en
Website: https://www.komugi.com.my/