Ekspo Makanan Terbesar Malaysia di Midvalley 11-13 Nov Ini!

  • Post author:
  • Post category:Makan / Moden
  • Reading time:2 mins read
You are currently viewing Ekspo Makanan Terbesar Malaysia di Midvalley 11-13 Nov Ini!

Tastefully Food menghubungkan pemilik brand-brand terkemuka dengan penuh citarasa kepada pengguna dan menyokong perniagaan dan perdagangan dalam pasaran pakar makanan, Halal, kesihatan dan juga digital. Bertempat di Pusat Pameran Mid Valley (MVEC), Tastefully Expo akan berlangsung dari 11 hingga 13 November.

Akan berlangsung pada 11 – 13 November. Sumber: tastefullyexpo.com

Terkenal sebagai Ekspo Makanan Terbesar di Malaysia, Ekspo Tastefully Food & Beverage akan mempamerkan makanan dan minuman daripada jenama tempatan mahupun antarabangsa dari negara seperti Jepun, Korea, Taiwan dan Amerika Syarikat. Korang juga boleh menonton beberapa demonstrasi memasak secara langsung dan merasai hidangan dan minuman yang disediakan oleh lebih daripada 300 peserta pameran tau! Seronoknya! Jangan ketinggalan juga promosi menarik barangan makanan semasa ekspo!

Sumber: klfoodie

Tastefully mempunyai rangkaian luas lebih 21,000 orang dalam industri makanan yang akan turut serta dalam ekspo ni. Bukan itu sahaja, dari ekspo yang lepas-lepas mereka mendapat lebih daripada 800k pelawat. Platform 6-dalam-1 ini juga menghubungkan anda dengan makanan, seni dan muzik untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tau!

Mark dalam kalendar korang sekarang tau! Sangat rugi kalau terlepas peluang untuk pergi jalan-jalan dan makan-makan di ekspo ni!

Tastefully Food Expo, 11-13 November 2022

Entrance fee: Free

Masa: 10am- 9pm

Location:

Mid Valley Exhibition Centre (MVEC)

Third Floor (3F) @ Mid Valley Megamall,

Centre Court, Lingkaran Syed Putra,

Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur.

Website: https://www.tastefullyexpo.com

Comments